Monday, May 6, 2013

#PRU13 BN Menang!!! Bentuk Kerajaan Pusat


Datuk Seri Najib Tun Razak menerima mandat pertamanya daripada rakyat untuk menerajui negara sebagai perdana menteri keenam selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah 112 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 awal pagi Isnin.

Keputusan muktamad pilihan raya umum bagi kesemua 222 kerusi Parlimen masihbelum diumumkan sepenuhnya.

Ini merupakan saat bersejarah bagi Najib dan negara kerana anak bekas seorang perdana menteri telah berjaya menerajui 13 parti gabungan untuk memenangi pilihan raya umum kali ini yang merekodkan 13.27 juta pemilihberdaftar.

Beliau telah berkempen tanpa mengenal penat lelah di seluruh negara untuk menyakinkan pengundi mengenai transformasi yang berlaku dalam BN dan aku janji dalam manifesto BN yang mendahulukan rakyat dan untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Najib dan beberapa pemimpin parti komponen telah berkumpul di ibu pejabat BN di Menara Dato Onn di ibu negara untuk menunggu keputusan pilihan raya.

BN juga setakat ini mengekalkan kerajaan negeri di Pahang, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sabah.

1 comment:

Anonymous said...

14 kerusi hilang, kalau boleh PRU14 dapatkan semula jadi 170 kerusi parlimen. Tahap bahaya ni.