Wednesday, May 8, 2013

Ustaz Azizan Razak Yang Tenat Kini Stabil


Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Setiausaha Akhbar kepada Azizan, Mohamad Helmi Khalid dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata sejak 5.30 pagi tadi, keadaan Azizan agak tenat dan kini ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital tersebut.

Difahamkan Azizan dibawa ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre (KMC) Alor Setar malam tadi.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menerima rawatan di KMC sejak pagi Isnin lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, Pas kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

1 comment:

nana said...

Ya ALLAH sembuhkanlah Ustaz Azizan...kami amat menyayanginya.....Amin....