POLITIK HARIAN: Ku Li dipelawa Jawatan Ketua Pembangkang

Friday, July 29, 2011

Ku Li dipelawa Jawatan Ketua Pembangkang


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Satu pertemuan diadakan oleh pucuk pimpinan pembangkang bersama Tengku Razaleigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.

Nampaknya Pakatan Pembangkang amat memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber bagi menggantikan Anwar, inilah realiti yang berlaku sekarang. Di dalam pembangkang sendiri tidak ada pemimpin yang boleh menggantikan Anwar. Jika dilantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tentu Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dan begitu juga sebaliknya.

Harap Ku Li menolak pelawaan terdesak dari Pakatan pembangkang tersebut... Di saat orang Melayu yang semakin berpecah, pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang akan memburukkan lagi keadaan. Perpaduan orang Melayu akan bertambah parah. Melayu perlu bersatu.

Kalau orang atasan Pakatan Pembangkang sendiri percaya Anwar  akan ke penjara Sungai Buluh... Penyokong Anwar tunggu apa lagi, sudah tiba masanya anda membuat perubahan... kembalilah ke pangkal jalan..

2 comments:

Anonymous said...

ke sg buluh juga akhirnya anwar.... tamatlah riwayat politiknya..

Anonymous said...

lah pembangkang nie tak faham ke. PRU13 mereka sah akan kalah teruk jadi knapa nak sibuk2 lagi. skrg ini dah tak ade manusia nak masuk ke parti mereka semua nak dan ada kluar dan masuk parti komponen BN. Ada faham ke mereka nie?Ku Li adalah seorang yang profesional dan tahu segala tipu helah pembangkang.