Thursday, August 18, 2011

Ada Usaha Murtad Kepada Murid Islam


Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam.

Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat.

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Mereka ini menyanyikan lagu ‘Mereka menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Islam secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu.

Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Info-Sungai Rapat

3 comments:

Anonymous said...

nampaknya gejala murtad semakin menjadi2 skrg.. harus dibendung dgn segera...

Anonymous said...

bro, diterapkan agama kristian secara halus, bukannya agama islam... salah ayat tu... Syed.

sang sepakat said...

Diorang terapkan secara halus sebab tau orang kita di Malaysia ni masih sensitif baik individu dan Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran agama lain pada orang Islam.. malah tahun 80an pernah seorang Paderi ditahan ISA kerana sebarkan kristien pada orang melayu.

lepas ni boleh pakai ustaz ISA lagi ni...heheheh, pada orang melayu..teruskan sesitiviti kita TAKBIRRR...