Monday, August 15, 2011

Diantara Gambar Suspek Murtad Dalam Gereja DUMC Tampil Beri Keterangan Di JAIS





Seramai 12 umat Islam, yang berada dalam sebuah gereja di Damansara Utama ketika pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru, tampil memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat jabatan itu di Bangunan Sultan Idris Shah, Isnin.

Seramai tiga lelaki dan sembilan wanita yang berusia antara 20-an dan 40-an dilihat tiba secara berperingkat mulai 9.15 pagi hingga 1 petang.

Turut kelihatan berada di Bilik Mesyuarat, tempat keterangan itu diambil, ialah Pengarah Jais Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Datuk Abdul Majid Omar.

Menurut sumber, mereka diberi kaunseling secara kumpulan kecil antara dua dan tiga orang oleh beberapa pegawai Jais dan Jabatan Mufti Selangor.

Difahamkan bahawa proses mengambil keterangan dan diberi kaunseling itu berakhir sehingga lewat petang.

Jais memanggil kesemua 12 individu itu memberi keterangan hari ini selepas mereka gagal berbuat demikian pada 9 Ogos lepas.

"Sebahagian daripada mereka hadir dengan ditemani peguam masing-masing," kata sumber itu.

Maklumat lanjut mengenai proses memberi keterangan dan kaunseling gagal diperoleh daripada Marzuki yang enggan bertemu pihak media dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Malah, seorang petugas Jais meminta pihak media yang menunggu di Tingkat 6 bangunan itu supaya beredar.

Pihak media yang kemudiannya menunggu pula di kawasan pejabat Marzuki turut diminta oleh pengawal keselamatan untuk beredar setelah menerima arahan daripada 'pihak atasan'.

Pada 3 Ogos lepas, Jais melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya selepas menerima maklumat kehadiran beberapa orang Islam ke sebuah majlis yang majlis murtad dianjurkan di gereja berkenaan.

Oii!!! Khalid Ibrahim kenapa nak sorok kan lagi kes ini, kalau tak berani nak bertanggung jawab letak je jawatan sebagai MB Selangor! ramai lagi pemimpin yang layak ganti tempat Khalid Ibrahim tu!

7 comments:

Anonymous said...

Khalid Gagap boneka DAP tak layak jadi pemimpin negeri selangor!! Anak melayu sendiri murtad pun Khalid masih mendiam kan diri.. Khalid ialah pengkhianat bangsa agama dan negara!

Anonymous said...

berilah mereka peluang kembali ke jalan yang benar... sama-sama kita doakan amin....

Anonymous said...

marilah kita berdoa supaya mereka balik kepangkal jalan dibimbing oleh JAIS.

kalau harap khalid Ibrahim terus murtad budak2 ni..

Anonymous said...

syabas juga kepada blogger kerana berani membuat pendedahan... syabas bro...

Anonymous said...

Betulkah mereka ini orang susah yang tidak mendapat pembelaan sehingga perlu menagih simpati pehak gereja?

Anonymous said...

sape eh yang layak ganti khalid???x sabar nk ngundi ni...

UMNO DAN PKR DUA2 PROBLEM said...

Ingat gini je, sekarang ni kalau ade ape2 kes libatkan orang Islam dan bukan Islam, macam murtad ke, hape ke jabatan agama ke, jabatan mufti ke atau jabatan2 lain jangan ambil ape2 tindakan tengok aje sebab nanti dikatakan politik pule....bior je.

Tapi kalau nak tunggu PAS dan PKR nak pertahankan Islam tak ade la pule, tengok mcm isu usaha memurtadkan orang Islam ni....PAS membisu (syaitan bisu?), PKR lg advance 'bersujud' terus kepada Pastor Daniel Ho "minta maap tok, mintak ampun tok"....ape ke jadah!

Kepada orang2 jabatan2 agama sekaranglah masanya korang ambil cuti, pergi jalan2 gan family, janga wat ape2 koje, nnt diaorang cakap you all politik....bior je Islam jahanam dipijak PAS dan PKR...