POLITIK HARIAN: Hanya Calon Boleh Menang Sahaja Untuk PRU-13 - Khairy

Thursday, August 18, 2011

Hanya Calon Boleh Menang Sahaja Untuk PRU-13 - Khairy


Pergerakan Pemuda Umno hanya akan mengemukakan mereka yang benar-benar layak dan 'winnable' sahaja sebagai calon pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno tidak akan meminta tempat untuk sayap tersebut.

"Jika dulu, kita minta lebih ramai calon mengisi kuota untuk calon Pemuda, dengan beranggapan kononnya jika lebih ramai calon mengisi kuota tersebut maka akan dilihat semakin hebat untuk kekuatan parti.

"Tetapi, sekarang kita bukan lagi semata-mata mengejar kuota...jika peratusan yang boleh menang hanya 20 peratus, maka sebanyak itu juga akan diminta daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita, Selasa malam.

Beliau berkata demikian selepas Jelajah One Malaysia (JOM) Ramadan, di Surau Nurul Iman di Pasir Panjang dekat.

Katanya beliau sedang menilai calon yang layak pada kalangan anggota sayap dari semua peringkat.

Mengulas perkembangan lain, Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional mendesak kerajaan Selangor agar segera mengeluarkan laporan lengkap mengenai isu murtad yang heboh diperkatakan di negeri itu.

Kataya isu sensitif seperti itu tidak perlu dilengahkan kerana melibatkan agama dan mendatangkan kemarahan pada kalangan umat Islam serta penganut Kristian di negara ini.

3 comments:

mualaf said...

calon yg anggap bole tu agak2 main duit tak

usin said...

kira2 statement dia tu ialah "calon tu mesti x main duit mcm dia"....

Anonymous said...

betul apa yg dikatakan oleh kj tu... kita hendaklah buat pilihan yg tepak...