Tuesday, August 16, 2011

Harakah Kah... Kah... Kah... : PAS Tuduh Umno Serbu Gereja Bukan JAIS


JAIS di bawah kerajaan mana ? Pakatan ke UMNO ? 
Exco Agama Islam Selangor ? Pas ke UMNO ?

Hassan Ali, Adun PAS ke UMNO ? kah kah kah ...



Petikan dari Harakah Kah... Kah... Kah...

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.

Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali

Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.

Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini.

“Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai,” jelasnya.

Amat malang apabila Pas terus mengambinghitamkan UMNO dengan menuduh bahawa isu ini hanya perangkap UMNO.


Sepatutnya dalam isu-isu melibatkan kepentingan umat Islam dan Islam kita bersatu. Tetapi sebaliknya, demi untuk meraih undi, kepentingan puak dan parti politik Pas sanggup merugikan kepentingan sendiri, bahkan menjual agama.

3 comments:

Anonymous said...

Pas bengong! bodoh yg teramat...

saifulfromslim said...

syukur alhamdulillah, tak kira lah sesiap dalang dalam isu pembongkaran perkara murtad oleh jais baru-baru. Terime kasih pihak PAS kerana mengakui bahawa UMNO adalah dalangnya dlm perkara ini, ini secara langsung pihak PAS telah memberi kredit pada UMNO dalam usaha membenteras gegala murtad ini. Bagi saYA UMNO sbg parti utama pada pemerintahan teruskan usaHA kearah menegak kesucian islam di Malaysia. Tahniah

sang sepakat said...

Saiful, Betul kata kau. ini secara langsung bagi keredit pada UMNO yang selama ni dituduh sekularlah, tak islamiklah. walaumacam manapun kita tak kira parti mana yang buat kerja membasmi Jenayah ini kita kena sokong! pada ahli dan penyokong UMNO harap semua ambik bahagian dalam kerja2 agama isyallah.