Wednesday, August 17, 2011

PAS dan Mustafa Ali Bakal Didakwa!

PAS dan Mustafa Ali diberi tiga hari mohon maaf

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diberi tempoh tiga hari bermula hari ini untuk memohon maaf kepada UMNO berhubung kenyataannya yang menyalahkan parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa itu jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan UMNO sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

"UMNO Selangor memberi masa tiga hari kepada Pas dan Mustafa Ali supaya memohon maaf melalui satu sidang akhbar seperti mana beliau melakukan tuduhan itu di Terengganu semalam.

"Jika gagal, Pas dan Mustafa Ali akan menghadapi tindakan undang-undang kerana tuduhan tidak berasas tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam, Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

Mohd. Zin menambah, tuduhan tidak berasas Mustafa ke atas UMNO itu sangat dikesali kerana ia dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya dihormati dan dihayati oleh semua umat Islam.

"Rakyat sedang memerhati dengan penuh prihatin kegagalan demi kegagalan yang dibuat oleh kerajaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas Selangor dalam menangani pelbagai masalah dan kepentingan rakyat terutama dalam isu agama, pasir dan keruntuhan sosial," tegasnya.


Ingat PAS dan Mustafa Ali masa anda hanya 3 hari sahaja! Tak kira lah ada bukti atau tidak...

2 comments:

Anonymous said...

Pemimpin Melayu perlu bersatu dalam isu akidah ... selaku Muslim adalah wajib memelihara dan mempertahan akidah umat Islam yang lain..

Mustafa Ali tidak seharusnya menunding jari kepada umno! amat memalukan pas mempunyai seorg pemimpin yg gilakan kuasa, nama dan undi!

Anonymous said...

BAru sedar ker rata-rata pemimpin pas perangai mcm tue? Kuasa politik melebihi segala-galanya...termasuk lah akidah umat dan kesucian agama Islam.

PAS dah buta hati, buta mata, buta perut kerana tamakan kuasa politik dan undi orang2 bukan Islam...inilah hasilnya...