Sunday, November 20, 2011

BN Youth Job Fair 2011 Bukti “Brand” BN Terus Diterima Generasi Muda #BNYJF


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan BN Youth Job Fair 2011 membuktikan “brand” Barisan Nasional (BN) masih lagi mendapat tempat di hati rakyat khususnya di kalangan generasi muda.

Menurut beliau kehadiran ratusan ribu pengunjung terhadap karnival berkenaan jelas memperlihatkan kepada umum bahawa BN bergantung kepada produk yang ditawarkan serta perkhdimatan yang diberikan.

“Atas dasar itu saya melihat sambutan kepada BN sebagai satu jenama itu sebenarnya bergantung kepada pengisiannya iaitu apabila produk yang dikaitkan dengan BN serta apakah perkhidmatan yang diberikan.

“Sekiranya kalau ada mana-mana pihak yang sangsi pada peringkat awal kot-kot ianya tidak boleh dipasarkan lagi, hari ini mereka nampaknya tersasar dengan kejayaan BN Youth Job Fair ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup BN Youth Job Fair 2011 Grand Finale yang diadakan di PWTC, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pemdua BN, Khairy Jamaluddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, pimpinan Pemuda dan parti komponen lain.

Berucap lebih lanjut, Najib yang juga Pengerusi BN seterusnya berkata kejayaan itu juga satu ingatan kepada semua yang mana jika BN itu satu jenama dan untuk mendapat sambutan yang tinggi ianya mestilah dikaitkan dengan produk lain.

“Begitu juga dengan soal perkhidmatan yang baik yang mana sudah tentu apa sahaja yang kita lakukan atas “branding” BN itu akan berjaya,” katanya.


Datuk Seri Najib juga turut menyentuh dalam soal pilihan raya yang mana kejayaan BN itu dikaitkan dengan “winnable candidate”.

“Menjadi kesalahan apa yang kita sediakan serta janji yang tidak ditunaikan dan apa yang kita tampilkan baik produk, perkhidmatan serta orang yang tidak sampai tahap kepuasan terhadap rakyat sudah tentu BN akan menghadapi masalah.

“Jadi mesej hari ini jelas….kejayaan BN sebagai satu jenama bergantung kepada apa yang kita tawarkan dan perlu dilihat oleh semua pihak,” katanya.


Kadar kejayaan BN Youth Job Fair adalah 7 nisbah 1. Ini berdasarkan enam Job Fair yang telah dibuat sebelum ini di lima negeri.

Secara umummnya pengunjung di seluruh Job Fair adalah 7 nisbah 1 akan dapat peluang pekerjaan menerusi program ini.

Secara keseluruhannya sejak daripada awal BN Youth Job fair yang dilancarkan dahulu hingga program ketujuh ini, ianya mencacatkan lebih 400,000 pengunjung.

No comments: