Sunday, November 20, 2011

BN Youth Job Fair Grand Finale 2011 Mencatatkan Lebih 400,000 Pengunjung


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan menjadikan BN Youth Job Fair sebagai “touch point” selain acara rasmi tahunan pergerakan terbabit.

Menurut beliau program tersebut memberi peluang pekerjaan bukan sahaja kepada pencari kerja, malah kepada mereka yang ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih baik selain peluang-peluang lain yang terbuka luas.

“Program ini sudah jadi sinonim kepada Pemuda BN dan kita akan teruskan program ini sebagai salah satu “touch point” kita yang mana kalau sekiranya generasi muda memikirkan tentang soal masa depan mereka atau soal pekerjaan mereka akan fikir BN akan dapat menyediakan satu platform yang baik.

“Kita lihat kadar kejayaan BN Youth Job Fair adalah 7 nisbah 1. Ini berdasarkan enam Job Fair yang telah kita buat sebelum ini di lima negeri. Secara umummnya pengunjung di seluruh Job Fair kita 7 nisbah 1 akan dapat peluang pekerjaan menerusi program ini,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke pameran berkenaan, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah maklum balas yang diterima adalah cukup baik dan amat membanggakan.

“Untuk hari pertama hari ini, lebih 25,000 pengunjung telah mengunjungi pameran ini dan secara keseluruhannya sejak daripada awal BN Youth Job fair yang dilancarkan dahulu hingga program ketujuh ini, ianya mencatatkan lebih 400,000 pengunjung.

“Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat baik pihak swasta, agensi kerajaan dan sebagianya yang sedia bekerjasama dengan kita untuk menjayakan program BN Youth Job Fair Grand Finale 2011 ini,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

syabas ketua pemuda, KJ!!! anda kini menjadi inspirasi golongan muda! Syabas!