POLITIK HARIAN: Final Bola Sepak Sukan SEA: Harimau VS Garuda

Sunday, November 20, 2011

Final Bola Sepak Sukan SEA: Harimau VS Garuda

JAKARTA - Malaysia sekali lagi akan berdepan kegilaan 100,000 penyokong tuan rumah pada perlawanan akhir Isnin ini apabila Indonesia menewaskan Vietnam 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir hasil jaringan Patrich Wanggai dan Titus Bonai.

Terdahulu, Malaysia menang perlawanan menentang Myanmar dengan jaringan 1-0.

Jaringan tersebut disempurnakan oleh Fakri Saarani pada separuh masa kedua.

Indonesia akan bertemu Malaysia pada aksi akhir perlawanan bola sepak Sukan SEA XXVI pukul 8.30 malam di Gelora Bung Karno, Indonesia.

Ayuh kita beri sokongan padu kepada Harimau Muda Malaysia! Malaysia Boleh!

Kita akan saksikan sekali lagi Harimau membaham Garuda! AAUUMMMMMM!

P/S: Tolong stanbykan kereta perasai untuk bawa pulang player Malaysia dengan selamat nanti!

1 comment:

Jangan Kelentong said...

Mana cukup KEreta Perisai Barracuda. pakai chinook terus, balik Malaysia, Landing kat Wisma FAM atau Helipad di Istana Negara Yang baru, baru Gempar!!! Kita hadiahkan buat Yang Dipertuan Agong sempena perpindahan ke Istana Baru. Ayuh Harimau Malaya kita Panggang itu Garuda.