Sunday, November 13, 2011

KJ Bersedia Disiasat!


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersedia disiasat sekiranya beliau dikatakan cuba melindungi mana-mana individu mahupun syarikat dikaitkan dengan penyele­wengan dan pecah amanah.

Katanya, dalam isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) beliau tidak ber­cakap kosong dan berhujah bersandarkan fakta dengan kajian yang dilakukan secara terperinci.
“Siasatlah saya, saya berse­dia kerana apa yang saya bentangkan adalah benar, bukan penipuan.

“Saya bukan mahu jadi pembela atau jurucakap, tetapi saya membuat kajian sebelum membentangkan sesuatu, bukan seperti mereka (pemimpin pembangkang),” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Se­ti­ausaha Agung PKR, Sai­fuddin Nasution Ismail didak­wa cuba memutarbelitkan fak­ta dan melindungi perbuatan pecah amanah.

Saifuddin sebelum itu men­­­dedahkan syarikat ada kai­­­t­an dengan Menteri Pemba­ngu­nan Wanita, Datuk Shah­ri­zat Abdul Jalil menggunakan pinjaman melalui NFC untuk mem­beli satu unit kondo­mi­nium mewah dengan bayaran RM9.8 juta.

Beliau mendakwa, tin­­dakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Mengulas mengenai serangan pemimpin pembangkang itu, Khairy berkata, Saifuddin cuba berniat jahat (mala fide) dan cuba menipu rakyat berhubung isu NFC kerana ada beberapa fakta yang bercanggah.

“Pada hakikatnya peruntukan yang diterima syarikat berkenaan adalah RM181 juta dan bukan RM250 juta seperti didakwa PKR. Manakala tanah yang dipajak hanya 600 hektar kepada NFC dan bukannya 2,000 hektar se­per­ti yang didakwa Saifuddin, kenapa lakukan sedemikian? Beliau seolah-olah ada agenda tersembunyi,” katanya.

Mengulas mengenai pembelian kondominium itu, beliau berkata, National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi.

“Hartanah yang dibeli atas nama syarikat yang meng­­u­ruskan ladang. Syarikat itu mene­rima peruntukan, tetapi pro­jek tidak boleh dilak­­sanakan.

“Oleh itu pihak syarikat mengambil langkah untuk melabur dalam bidang hartanah sebelum menjualnya ia akan memberikan keuntu-ngan kepada mereka akibat projek tertangguh sebelum itu,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

berani kerana benar chief! bukan mcm ketua pembangkang x berani nak disiasat....

faruk said...

Minat dengan keberanian KJ dalam menyampaikan hujah.Penuh perincian dan jelas buat kefahaman rakyat .Berdiri kerana benar KJ.