POLITIK HARIAN: PKR Gertak Lagi... Nak' Bebaskan' Anwar Jika Dipenjara Kes Liwat

Friday, November 25, 2011

PKR Gertak Lagi... Nak' Bebaskan' Anwar Jika Dipenjara Kes Liwat


@ayathelme KL
Journalist
http://Agendadaily.com

Ini bukan kali pertama, retorik PKR kepada penyokongnya yang seolah-olah undang-undang negara ini di bawah tapak kaki mereka.

Pagi Jumaat di Pulai dekat Johor Bharu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memberi amaran kepada UMNO bahawa PKR, sayap pemuda dan wanita PKR "akan bangun dan merobohkan tembok penjara “untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dipenjara.

Azmin merujuk kes liwat yang sedang dihadapi oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kongres AMK dan Wanita PKR di sebuah resort di situ.

Hebat sungguh gertak itu. Bunyinya macam Saiful Bukhari Azlan yang dakwa diliwat oleh bekas bosnya itu macam kucing kurap dan tak ada hak langsung sebagai rakyat Malaysia.

Macam hak hanya ada pada Anwar.

PKR mungkin lupa bahawa Anwar dituduh meliwat berdasarkan laporan Saiful sendiri

Apakah PKR ingat Anwar maksum.

Video seks belasah pelacur China apa cerita? CCTV naik turun lif apartmen bagaimana?

Anwar baru-baru ini, sudah dipanggil memberi keterangan berhubung laporan polis palsu dalam kes tersebut

Seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu hasil siasatan kes berkenaan yang juga didakwa oleh PKR sebagai konspirasi UMNO.

Video aski seks di Bangkok pun ada.

Perbicaraan kes liwat yang berlangsung juga kerap tertangguh atas permintaan pasukan pembelaan Anwar. Sehingga kini, kes yang mula dilaporkan Jun 2008 itu masih belum selesai di mahkamah.

Menurut Azmin, pembangkang itu telah mencapai kata sepakat bahawa Anwar, yang kini berhadapan dengan tuduhan meliwat yang kedua, akan menjadi Perdana Menteri ketujuh negara.

Kalau diputuskan oleh mahkamah tidak bersalah...silalah bermimpi nak junjung langit sekalipun.

Sebaliknya...sendiri mau ingat.Berani buat berani tanggong.

Selagi boleh cakap...cakaplah Azmin, timbalan presiden yang merupakan blue eye boy Anwar itu yang juga Ketua PKR Selangor berkata pihaknya mahu memberi peringatan keras kepada UMNO bahawa apa pun konspirasi, PKR akan bangkit menentang untuk memastikan Anwar tidak dipenjarakan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar penggulungan hujah pada 8 Disember ini manakala pilihan raya umum ke-13 pula disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Harapan Anwar untuk menjadi perdana menteri kemungkinan tidak menjadi kenyataan jika beliau disabitkan kesalahan atas tuduhan itu yang membawa hukuman penjara 20 tahun.

Politik tolak sebelah.Pokok pangkalnya undang-undang tetap undang-undang.

Kalau PKR merasa Anwar berhak pada keadilan,maka Saiful sebagai rakyat Malaysia juga ada hak yang sama.

Penentunya ialah mahkamah. Tunggu dan lihat sajalah.

Jika betul Anwar melakukannya, jawatan sebagai Ketua Umum PKR bukan lesen bak kata orang sudahlah ‘sedap sendiri’ kini nak salahkan orang lain pula.

1 comment:

Nok said...

PKR gertak...nak bebaskan Anuar???? tapi satu nak ingatkan kepada yg berkenaan...bahawa kalau Anuar di dapati tidak bersalah dan di bebaskan.. bermakna BN akan kantoi di PRU13 nanti...anuar akan mengata dan mengwarwarkan bahawa konspirasi yg di buat oleh umno tu adalah benar......oleh sebab itu Anuar mesti di penjarakan "by all means" bagi menyelamatkan PM dan negara dari kehancuran.....