Thursday, November 17, 2011

Polis Buat Siasatan Video Seks, Kenapa Anwar Ibrahim Nak Marah ?


Jika pelaku seks bersama pelacur dalam rakaman itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenapa beliau berkata siasatan pasukan polis yang diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin politik untuk mengaibkan dirinya ?

“”Saya telah buat laporan polis berhubung ugutan yang berkata ‘jika Anwar dan Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan, mereka akan mendedahkan segala-galanya’.

“Tetapi siasatan ini, kononnya mahu untuk mengenal pasti siapa dalam video itu yang bertujuan untuk memalukan saya lagi“, kata Anwar seperti dilaporkan Malaysiakini.

Portal itu juga melaporkan pada Mac lalu Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

Menurut Anwar, beliau dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Kepong semalam mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Ini cara kotor dan jahat UMNO nak aibkan saya sekali lagi. Jenayah dan rompak ditutup. Jadi dimainkan kes seperti ini .

“Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam (Moorthy) terhadap saya berhubung laporan (penafian terlibat dalam video seks) terdahulu. Oleh yang demikian, saya tampil untuk memberi keterangan,” katanya.

Jika Anwar bukan pelaku seks itu dan telah dinafikan sebelum ini, kenapa perlu beliau marah-marah dan menuduh pihak lain mahu mengaibkannya ?



Lukman Abdullah, wartawan Agendadaily bertanya siapa nak aibkan siapa? Bukankah video seks dengan pelacur China itu sudah disahkan 99.9 peratus tulen oleh pakar luar negara.

Bukan setakat video seks malah CCTV yang merakamkan lelaki wajah seiris Anwar sedang naik turun lif apartmen berkenaan bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah juga ada.

-AIDC

2 comments:

nonbal said...

inilah kisah penafian dan pendedahan yang terulung abad ini. Ianya akan kekal dalam sejarah sebagai satu kisah manusia yang paling jahanam dalam sejarah manusia moden. syangnya dia adalah manusia melayu, apa nak jadi dgn manusia ini?.

Anonymous said...

bagi hukuman hudud je dia ni..pancung kepala...ya allah kau bukakan lah pintu hati wan azizah em..wan azizah buka mate je buka hati buka mulut je mati anuar al-jeburi niiii tu je yg boleh org pecaya mangkok ni memeyyy bukan manusia punyer...uuu