Tuesday, November 8, 2011

Rebut Kerusi: PKR, PAS Terengganu Perang Besar


PAS Terengganu belum bersedia untuk mengalahkan BN di negeri Terengganu, kata ketua AMK negeri Mohd Alfaizal Amjed.

Beliau juga menolak dakwaan PKR negeri mementingkan diri sendiri dalam perbincangan pembahagian kerusi dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“PAS Terengganu masih belum faham dengan apa yang dipanggil “pakatan politik”.

“Jika isu permasalahan perbincangan kerusi dibangkitkan oleh PAS Terengganu adalah kerana PKR
Terengganu mementingkan diri sendiri ini tidak benar dan tidak munasabah, PKR Terengganu hanya ingin menjayakan dan meraikan apa yang dipanggil “pakatan politik”,” katanya.

Menurut beliau,“pakatan politik” dirujuk sebagai kerjasama atau pergabungan antara beberapa parti yang dipersetujui selepas 3 Mac 2008 ianya dipanggil “Pakatan Rakyat.”

“Pakatan juga menyediakan satu rencana dasar dan kebajikan untuk membawa keluar bangsa, negeri dan negara dari kemelut yang semakin meruncing,” tambahnya.

Menurut Mohd Alfaizal, AMK dan PKR Terengganu juga tidak mahu tergelincir akibat dari fahaman politik yang sempit, politik adu domba dan demokrasi otoritarian.

Akhir sekali, AMK Terengganu pertegas komitmen untuk kerjasama erat dalam Pakatan Rakyat meskipun ada parti di dalam pakatan yang masih belum mampu memahami erti menjadi sebahagian daripada pakatan.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid dilapurkan sebagai berkata, rundingan pembahagian kerusi antara PAS dan PKR di negeri itu belum selesai.

Difahamkan PKR mahu mendapatkan lebih banyak kerusi DUN dalam pilihan raya umum akan datang tetapi hasrat ini tidak dipersetujui PAS.


Hahaha secara terang Ahlul-ahlul PAS kena tibai!, bukan setakat kenai tibai lagi... kena kencing hidup-hidup pun ya bro! Takkan korang (ahli PAS) nak senyap je bai? 


PAS is Dead! 

2 comments:

Anonymous said...

PAS dan PKR bergaduh rebut kerusi? sungguh memalukan.. nama pakatan rakyat tapi tiada sepakat! hancor!

pemerhati said...

depa nie mmg x ade kesepakatan.PAS pun sudah lama tidak relevan dengan mengabaikan apa yang mereka perjuangkan dek kerana puak2 erdogan mula menguasai kerusi tertinggi kepimpinan PAS yg semuanya Anwarians..