Saturday, November 12, 2011

Sekali Lagi... Bob Lokman Kata Orang Johor Murtad!!



Pelakon, plawok Bob Lokman yang masuk PAS, terdahulu telah menghukum fatwa rakyat Johor yang bekerja di Singapura adalah murtad.

Kali ini ketika Bob Lokman berceramah di Dewan JKKK, Kg Baru, Sg Ara Bayan Lepas. Dihadapan hadirin beliau mengulangi serangan terhadap rakyat Johor bahawa mereka jatuh murtad. Menariknya kalangan puak PAS percaya dengan dakwaan Bob sambil bertakbir.


Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram, Jam 5 pagi dah keluar dari rumah, 7 pagi dah sampai tempat kerja. Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh?"

Katanya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!, pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia (rakyat Johor) qado sembahyang, dia qado tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!"

"Dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia (rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad", Kata Bob.

Dengan angkuhnya ustaz segera ini mengaku didepan hadirin kononnya beliau baru mendapat hidayah!

Sebenarnya apa yang Bob Lokman maksudkan beliau baru mendapat hidayah untuk mengkafirkan umat Islam Johor! Sambung baca di sini...

Sasaran peluru kapor Bob sebenarnya tidak tepat... Tidak semua orang yang menetap di Johor dan kerja di Singapura adalah rakyat Johor? Malah ramai perantau yang merantau tinggal di Johor untuk bekerja di Singapura adalah dari negeri-negeri lain. Paling ramai dari negeri Kelantan. Negeri Nik Aziz. Apakah mereka itu juga murtad?

Tuduhan Bob mungkin hanya berdasarkan beberapa kes terpencil. Namun menjatuhkan hukuman murtad pada kesemuanya adalah satu keterlaluan. Lebih-lebih lagi, mungkin berapa kerat rakyat Johor yang kerja di Singapura, yang ramainya hanyalah perantau dari negeri lain.


Rakyat Johor kebanyakannya bekerja di Singapura paling lama pun 4 tahun kerana selepas itu mereka terpaksa tunggu untuk dapatkan permit baru selama 3 bulan, Itu pun kalau dapat. Kalau tak dapat, maka kontrak mereka tidak dapat disambung.

Sebab itu kebanyakkannya bekerja di Singapura untuk mengumpul wang, kemudian balik Malaysia buka perniagaan sendiri.


Namun memurtadkan seseorang Islam adalah tuduhan yang amat berat. Apakah rakyat Johor mahu berdiam diri?

5 comments:

Anonymous said...

giler 2 jam sampai.. sbnarnya dekat sahaja. singapore dari tiram...paling lama sejam.. sebab jem.. dan orang bekerja di singapore x guna kereta.. aku keje singapore 6.30 gerak sempat je... nie la orang x duk johor tapi buat macam orang serba tahu..

Anonymous said...

sedap mulut je bob cakap! agak2 la...

Anonymous said...

hanya Allah yang layak tentukan siapa murtad siapa kafir. sebagai hambanya x payah la nk belagak melabel org sana sini.sbb kita yg bercakap ni walaupun dengan serban tinggi entah2 Allah jdkan tempat kita di neraka.hati2 bila bercakap. syurga dan neraka itu hak allah, hanya allah yang boleh tentukan siapa penghuninya. sendiri mau ingat la bro. jgn kerana pakai serban skrg dh boleh ckp mcm2. serban tu bukan islam bro. tu fesyen je kononnya supaya nampak alim. islam tu terletak pada keseluruhan kehidupan. islam itu ad-din. x kan serban jer islam, tapi perangai dan mulut tidak.. fikir2 la...

Anonymous said...

Alllahuakbar.. gitu lah manusia yang tak sedar diri tidak berdiri dialam nyata.. agaknya semua ustaz2celop ni memang diundang untuk menyertai pas kerana mereka ini semua tak cukup faham dan tidak akan faham sampai bila bila diajar tak masuk otak dah tua.. agaknya hukum akan pon tak lancar lagi.. hempah...

Anonymous said...

Salam..buat apa nak susah susah..


Tanya sendiri,apakah benar hujjah bob lokman ini dari anda dengar sebelah pihak yang dah tentu bekerja untuk sebelah pihaK YANG BERKEPENTINGAN..Pi kat Facebook tu..tanya bob lokman sendiri..jangan percaya bulat-bulat jinggo ni cakap..ni semua copy paste dia dari blog lain..sebelum terlambat kita memfitnah bob lokman..ada betul?