Wednesday, January 18, 2012

6 Azmin Ali Arah Azwan Ali Ugut Ummi Hafilda!


Terkini Azwan Ali dikatakan sudah berdamai dengan adiknya Ummi Hafilda... berita tersebut akan menyusul kemudian... Kita palam Azmin dulu!

Terdahulu Polis menahan bekas pengacara, Azwan Ali bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda Ali pada Jumaat lalu.

Ummi Hafilda yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan lalu.

Namun, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis memanggil dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Ummi.

Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan.

Turut difahamkan, pihak polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.

"Beliau (Azwan) dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas kita berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

"Polis turut merampas dua buah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda dijangka akan mengadakan sidang akhbar bagi memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

Berita terdahulu: Azwan Ali Ditahan Polis Kerana Ugut Bunuh Umi Hafilda !

6 comments:

Anonymous said...

sah Azmin ni dah terdesak sgt.. mmg x guna punya abg!

Anonymous said...

gila dah ke azmin ni. sanggup arah bunuh dan bakar adik sendiri. MasyaAllah apa la nak jadi. Umi ni dalam bahaya. polis siasat si Azmin tu sekali. kalau dah mentalnya problem sumbat je ke tanjung. kalau masih waras tangkap kalau memang ada bukti.

Anonymous said...

Azmin Ali tetap pilihan terbaik rakyat Gombak...huhu

Anonymous said...

ummi tu baik sangat ke... he. nilai la sendiri

Anonymous said...

burit ummi dh luas dok kangkang selalu...

Anonymous said...

Bulih percaya ke si pondan tua ni cakap. Amboi amboi.... aku rasa dia kata gitu untuk mngelak drpd kena saman kot. Dia skrg ni dah pokai.

Holor bontot alJubri tak dilayan. AlJubri pun ada taste gok... tak semua bontot dia tala.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates