Tuesday, January 3, 2012

2 BOBOI Maharaja Lawak Mega Sertai UMNO!


Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO di sini, petang tadi. Turut sama menyerahkan borang keahlian UMNO adalah pasangannya dalam program Maharaja Lawak 2011, Harun Salim Bachik.

Borang keahlian mereka telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh. Kedua-dua mereka akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.


Ketika ditanya adakah beliau tidak takut kehilangan peminat apabila menyertai UMNO, Afdlin berkata, peminatnya tidak seharusnya mengamalkan ‘double standard’ kerana beliau masih seperti dahulu walaupun telah menyertai UMNO.

“Saya masih rakyat Malaysia walaupun telah jadi ahli UMNO secara rasmi. Sebelum ini juga saya tetap menyokong kerajaan, UMNO cuma kali ini saya memberitahu secara rasmi pendirian saya di dalam parti politik.

“Secara jujurnya, saya amat tertarik dengan cara kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai UMNO secara rasmi dan secara tidak langsung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan,” ujarnya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO.

Pendapatnya itu disokong sepenuhnya oleh Presiden Seniman, Harun Salim Bachik.

Menurut Harun, penilaian seharusnya dibuat terhadap hasil karya mereka dan bukan kerana mereka telah menjadi ahli UMNO.


“Saya berharap perkara ini tidak akan dipolitikkan kerana kami ikhlas untuk menjadi ahli UMNO. Apa yang kami lakukan hari ini adalah atas kesedaran tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia dan harapan kami agar kami akan dapat sama-sama membantu negara serta dapat memajukan lagi industri hiburan.

“Sekiranya ada yang mula berkata-kata bahawa kami masuk UMNO kerana mahu mencari rezeki lebih, itu salah sama sekali kerana rezeki adalah ketentuan Allah dan bukan kerana kami masuk UMNO,” terangnya. -MediaUMNO

2 comments:

Anonymous said...

tahniah! cuma saya nak tanya, tak takutkah dengan fitnah? kerana setiap yang condong ka arah UMNO bagi orang terkenal macam anda, akan di putarbelit sampai tersungkur. ustaz yang sokong Umno pun diam-diam saja kerana takutkan fitnah. sehingga saya rasa yang baik yang terpilih hanyalah pas dan pkr, suci murni tak ada salah, walau buat maksiat tetap disanjung. sanjungan tahap dewa!

zam said...

PILIHAN YANG TEPAT...SYABAS

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates