Thursday, January 19, 2012

10 Game "Aku Jimat" Persendakan Rosmah ?


Wartawan Malaysiakini hari ini mempromosikan game "Aku Jimat", apa dah tak ada berita sangat ke yang hendak dilaporkan? Banyak lagi perkara yang berlaku dalam negara Malaysia ni... kenapa hal game budak-budak pula yang hendak di war-warkan melalui portal politik?

Pada pendapat aku game ini di lihat seperti mahu mempersendakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor? Macam ni punya kes pun ada...

Laporan Malaysiakini: Pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone - kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’.

Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.


Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).


Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

10 comments:

Anonymous said...

benda kurang jelas mcm tu usah dilayan. biarkan mereka. banyak lg perkara lain yg boleh diberi perhatian. diaorang dah tak ada modal, maka banyaklah masa nak habiskan kpd perkara2 bodoh gitu

Hadi89 said...

esh,, bgos ni tru rosmah
maen je game ni trutame ntok kanak2 n rmaje
leh jd "KAYA" huhuhuhuhuhuhu

Anonymous said...

Sesuai untuk kanak-kanak berfantasi...........kumpul duit sampai beribu ringgit - mustahil!, harga beg tangan ribuan ringgit sebiji - boros ..... itu kah jimat namanya......bodoh.......Kalau matawang kita ni Rupiah logik lah.

Game ni sebenarnya menghina rakyat malaysia...

Anonymous said...

aku sebagai rakyah malaysia tak rasa terhina pun.
game ni adalah utk menghina seseorang, sapa yg makan cili?

Anonymous said...

Bro jinggo pun same dgn wartawan malaysiakini duk post psl game nie.. Lol

Anonymous said...

Wartawan tu post sebab karakter dalam nie macam rosmah.. Kalo game batman buat ape die nak kecoh.. Lol

Anonymous said...

rakyat disuruh jimat tapi diajak beli beg berharga ribuan ringgit hanya seorang yang mampu kat malaysia ni, itu pun duit rakyat dipinjam.

Anonymous said...

game ni nak kutuk rosmah je, bukan rakyat malaysia. tengok apa mesej nak disampaikan. mustahil untuk menabung dari kecil untuk membeli barang yg mahal, melainkan jika duit tu dari 'projek' kerajaan. pelik la orang macam rosmah tu pun ada lagi rakyat yg sayang. dia dapat juta2 korang dpt apa?

Anonymous said...

Tak kisah la apa pandangan orang. Game ini untuk menabung. Bila duit dah byk boleh berbelanja. Banyak pemimpin kita yang tak kisah dgn kesusahan rakyat. Tak kisah rakyat miskin tak makan. Mak bapa ikat perut untuk belanja anak2. Mungkin ada yg mengatakan "duit aku, so aku nak belanja apa pun aku punya hal. Org lain ada aku kisah!"
Lupa mereka ini kepada hadis nabi saw "tidak msk syurga seseorg yang membiarkan jirannya lapar, padahal dia mengetahui" mungkin ramai menteri, isteri menteri atau org yang memegang kuasa terlepas pandang rakyat yang miskin, terhimpit atau menderita ekoran kenaikan harga barang. Moga dicerahkan mata dan pintu hati masing2.

Anonymous said...

Terbaik mat!!!
Dia dapat juta2...kita garu pale, susu tepung baby naik, pampers baby naik...apa lagi naik, macam2 lah...hahaha...kita rakyat kena ikat perut supaya orang atasan kita cukup makan, cukup barang keperluan, cukup serba serbi... Itu pasal kita kena undi orang atasan yang betul supaya anak2 kita pun boleh belajar ikat perut untuk masa depan negara...hahaha...LOL!
Salahkah pandangan saya? Fikir2 kan lah...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates