Tuesday, January 24, 2012

Guan Eng Nyanyi Lagu BN Dengan DS Najib Tanda-Tanda Awal Kejatuhan Pakatan Rakyat!


Terkedu sekejap bila melihat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyanyikan lagu Barisan Nasional...

Meskipun muka Guan Eng merah padam, jelas ia menunjukkan dalam keterpaksa beliau terpaksa menahan malu dihadapan 10 ribu rakyat berbilang kaum yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang.

Adakah ini salah satu dari pertanda awal kejatuhan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13... Insyallah...

Foto: matkilaupenang.blogspot.com

Sementara itu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata Gagasan 1Malaysia kini mula diterima oleh rakyat dari pelbagai kaum sebagai satu cara hidup di negara ini.

Katanya, disebabkan itu negara berjaya merekodkan pencapaian ekonomi memberangsangkan pada tahun lepas.

Haiyaaaa.... mana mau letak muka oo... ciau-ciua la...

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan prinsip “semangat kekitaan dan rasa kebersamaan” bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata dengan berpegang kepada prinsip berkenaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mampu untuk bergerak ke hadapan sebagai satu negara, satu bangsa dan satu visi.

“Kita perlu sokongan daripada semua kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi. Sekiranya semua ini bergerak sederap (serentak) sebagai satu bangsa, satu negara dan satu satu visi maka Insya-Allah kita akan mencapai apa yang diharapkan.

“Ini bukanlah satu impian yang tidak mungkin jadi kenyataan, ini bukanlah igauan tetapi satu impian manis yang boleh jadi kenyataan kalau kita bergerak dengan semangat kekitaan dan rasa kebersamaan,” katanya.

Najib berkata berlandaskan kepada prinsip itu juga, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan etnik, antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memperuntukan RM500 bagi setiap isi rumah, bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

“Sebab itu kita bagi bantuan untuk semua tanpa mengira kaum dan etnik. Kita beri ini kerana ekonomi kita kukuh dan kita tidak serah ekonomi kepada pasaran sahaja kerana jika diberi kepada pasaran hanya yang kaya sahaja yang akan dapat.

“Oleh itu kerajaan beri BR1M kepada golongan rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, asalkan mereka perlu bantuan kerajaan beri bantuan, dan ini adalah sejarah,” katanya.

No comments: