Wednesday, January 18, 2012

2 Homoseksual "Jutawan Saman" Mahu Saman Utusan Pula....


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang pernah mendapat gelaran “Jutawan Saman” kali ini mahu mengumpulkan lagi sahamnya, kali ini mangsa seterusnya ialah Kumpulan Akbar Utusan.

Perkara seperti ini sering terjadi apabila Anwar berasa tertekan dan mahu menutup kemaluannya apabila rahsianya terbongkar... Kalau dah kaki putar alam tu, tetap kaki putar alam jugak!

Sebab benda-benda macam ni lah Hasan Ali tak nak kawan Nik Aziz dan Anwar lagi...

Hello bro... Utusan siap bagi bukti video lah...

Yang peliknya kenapa Anwar tak nak saman The Malaysian Insider... Insider juga ada keluarkan posting yang bertajuk " Hasan Dakwa Anwar Halalkan Homoseksual"? Adakah Insider portal pembangkang, Anwar tidak mahu saman portal tersebut? di mana keADILan yang sering Anwar laungkan selama ini? di mana bro?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan mahkamah ke atas Kumpulan Utusan dengan menuntut agar ia menarik balik laporan-laporan yang menurutnya telah memfitnah beliau.

Utusan Malaysia menerbitkan laporan itu berdasarkan satu temu bual Anwar dengan stesen BBC baru-baru ini, susulan pembebasan beliau dari tuduhan meliwat.

Naib Presiden PKR, N. Surendren berkata, laporan akhbar itu mendakwa Anwar dalam wawancaranya bersama BBC telah meminta kerajaan mengkaji semula undang-undang yang melibatkan hubungan homoseksual di negara ini.

Menurut Surendran, Anwar sebenarnya mengatakan bahawa sebagai penganut agama Islam dan bagi orang bukan Islam di negara ini, umumnya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, Surendran yang juga seorang peguam berkata: "Menerusi peguamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Januari (hari ini) telah mengeluarkan notis tuntutan ke atas Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan pemilik akhbar Utusan Malaysia dan juga ke atas Editor Utusan Malaysia, meminta penarikan balik kesemua dakwaan, permintaan maaf dan ganti rugi."

2 comments:

Anonymous said...

SAMAN RM 50 JUTA - ANWAR JUTAWAN SAMAN, GILA DUIT !!!!!!

Anonymous said...

HIDUP DATO SERI. SAMAN JANGAN TAK SAMAN. MELIWAT SUKA SAMA SUKA TIDAK SALAH KERANA TIADA PAKSAAN. AMBIGA TOLOGN BANTU KAMI GOLONGAN LGBT. PAKATAN RAKYAT AKAN MENYOKONG MELULUSKAN UNDANG-UNDANG KEBEBASAN SEKS.HAK SEKS SONGSANG DIALU-ALUKAN. HIDUP PAKATAN HIDUP ANWAR IBRAHIM.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates