Saturday, January 7, 2012

6 Mampukah Penyokong Anwar 901 Mematuhi 10 Syarat PDRM ?


Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :
  1. Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
  2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
  3. Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
  4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.
  5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
  6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.
  7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
  8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
  9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
  10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
Yang menjadi persoalannya sekarang... Mampukah penyokong Anwar mematuhi syarat-syarat yang di telah di beri oleh PDRM? 

Aku pasti kekecohan tetap akan berlaku pada 9 Jan ini... 

6 comments:

TokAyah said...

Kita yakin dengan PDRM. Yang penting kita yang menentang perhimpunan tak perlu hadir. Jaga keluarga di rumah demi keselamatan. Biar PDRM Bertempur dengan Bangsat satu lawan satu. Kemudian humban semua mereka ke Sg Buloh bersama mentor mereka.

Anonymous said...

azmin cakap lain? PDRM pembohong tambah syarat!

Anonymous said...

nanti PKR kata orang umno yang buat taik kat PKR....dah tao dah........

ariff said...

sya harap pihak polis mempunyai plan yang baik bgi mengatasi perhimpunan 901....pembangkang tidak akan ikut peraturan,,,,sebelum ni pun kita lihat apa pembangkang da buat,,,untuk menghuru hara kan negara malaysia......sekirannya berlaku pakatan harus di pertanggung jawabkan,,,,

Anonymous said...

Mcmana kepala pembohong sudah tentu pengikut pun sama. Firasat aku confirmed depo provok dan akan salahkan kepada org lain atau polis yg buat hal dulu...Setandan pisang bukan semua buahnya elok. Sudah tentu ada bengkok dan busuk mcm mentornya...Kita tgk sapa yg kena...

Anonymous said...

nnti msti dia ckp polis ganas dh agak dh....mgkn ader yg berlakon mati...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates