Friday, January 6, 2012

9 Polis Benarkan Perhimpunan 901


Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Ianya selaras dengan tranformasi Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak...

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Walaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".

Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".

Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Diharap penganjur yang menyokong Anwar atau yang menyokong Saiful bersikap bertanggungjawab pada 9 Jan... Jangan rosakkan harta awam!

9 comments:

Anonymous said...

knpa harus mengalah di atas segalaa kehendak puak jahanam ini? aku percaya mereka tentu tidak mematuhi undang2!

Anonymous said...

ntah gue pun heran dahla pkr bayar rm250 sorang soroh pi apa kebender nie ... asik ikut cakap depa jer tak de hormat langsung kat makhamah kes khir toyo tak ada sapa pun nak berdemo ... gue tak paham laa

Kutip said...

Ikut je, sampai diaorang takde modal lagi nak hentam.... reverse psychology beb.

P/s: Tu yang Azmin tarkelu lidah tak terkata. hehehe

ah-lipas said...

..kita tunggu apa "chakemate" najib nti..hehe..jengjengjeng

bekas ahli PKR said...

Di Harap para penyokong tidak melanggar perjanjian yg telah diberi kepercayaan oleh polis pada perhimpunan aman ini..seseunguhnye mereka yg mlanggar peejanjian dn tidak boleh dipercayai adalh mreka yg trgolong dlm golongan yahudi

Anonymous said...

Heran..akhirnya..rakyat yang bersunggoh2 menidakkan demo dan menginginkan ketenteraman di pandang sepi oleh Kerajaan ..sebaliknya mereka lebih percaya kepada PENIPU 2 yang jelas tidak pernah berpegang pada JANJI.

A waste of the campaigning for Peace.

Anonymous said...

entah pe lah kebaikan dmonstrasi 901 niey... wat rugi rkyat jew nnt... tgk lah msti byk hrta benda awaw yg jhanam nnt... mmg dasar jahanam btul dorng niey....

Anonymous said...

haiya.... ini macam mau pigi kilija susah lo.... lu olang jngan bikin susah supa itu perhimpunan BERSIH sudah la..... olang mau cali makan pun xboley.....

Anonymous said...

ingt polis nk biaq depa wat xtntu hala tme demo nnt...geng2 ni lapaq nk mkn cota,gas pemedih mata...ayaq gatal...

depa wat kecoh pas 2 keja polis nk suraikn dan menteteramkan keadaan dan masa ni la depa ni nk wat provokasi kat polis...kata polis ni ganas la dan sbgnya..sedangkan depa ni la yg bt mslh dulu...sama la apa yg terjadi mcm kat upsi pn...dah bg msa tuk luah kan perasaan dan ketidak puasan ati pas 2 duk wat keras pala....2 yg pala pch 2,bila pala pch polis jgk dipersalahkan...ayoyo karipuley

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates