Friday, February 10, 2012

3 Anwar Di Malukan... Kempen 100,000 Tandatangan Desak Saman!


Kempen mengutip tandatangan rakyat bagi mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Datuk Shazryll Eskay Abdullah, Ummi Hafilda Ali dan The Wall Street Journal (WSJ) dilancarkan di Permatang Pauh hari ini.

Bekas Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip yang mewakili kumpulan itu berkata, kempen selama dua bulan itu bertujuan mendesak Anwar menyaman dua individu yang menuduhnya terbabit dalam salah laku seks manakala WSJ berhubung kenyataannya yang menyokong semua usaha untuk melindungi negara Israel.

Menurutnya, kempen itu mengajak rakyat seramai mungkin mencabar Anwar membersihkan namanya yang telah dikaitkan dengan perbuatan salah laku seks yang cukup menjijik dan meloyakan.

"Seluruh negara telah menyaksi dan mendengar Shazryll Eskay melafazkan sumpah laknat di dalam masjid dan mengaitkan secara terang-terangan dengan mendakwa pelaku video lucah yang terkenal dengan panggilan China Doll itu ialah Anwar,'' katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kempen tersebut hari ini.

Menurutnya, Ummi Hafilda pula menyebut Anwar adalah individu kotor kerana telah berzina dan WSJ pula melaporkan kenyataan Anwar yang menyokong segala langkah untuk menjamin keselamatan rakyat Israel.

''Dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan itu, Anwar tidak boleh berdiam diri atau sekadar hanya menjawab di pentas-pentas ceramah.

''Dia perlu tampil membersihkan dirinya dengan mengheret individu terlibat ke muka pengadilan dengan segera memfailkan saman malu terhadap mereka," katanya.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim dan beberapa wakil Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim dan beberapa bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Muhammad Zahid berkata, kerja saman-menyaman bukan kerja asing bagi Anwar kerana sebelum ini dia pernah menyaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Ketua Polis Negara dan beberapa individu lain serta yang terbaru menyaman akhbar Utusan Malaysia.

"Kalau kita cabar Anwar bersumpah, dia tidak mahu kerana ulama tersohor Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi dikatakan tidak membenarkan beliau berbuat demikian dan kami berharap kali ini Anwar tidak menjaja nama ulama itu kononnya tidak membenarkan dia membersihkan nama dengan menyaman dua individu serta akhbar WSJ.

Kalau Anwar masih mempunyai maruah dan harga diri, sayangkan keluarganya dan rasa tanggungjawab kepada pengundi di Permatang Pauh, segeralah dia menyaman individu berkenaan untuk membersihkan namanya," katanya.

Menurut Muhammad Zahid, pihaknya juga sedia mengumpul dan menyediakan dana serta peguam yang terbaik untuk Anwar menyaman individu terbabit.

Beliau berharap Anwar dan konco-konconya tidak cuba melepaskan diri daripada menyahut cabaran itu dan melemparkan tuduhan kononnya ia adalah kerja dan konspirasi UMNO serta Barisan Nasional (BN).

"Kita menyasarkan untuk mengumpul lebih 100,000 tandatangan dan akan menyerahkannya kepada Anwar di pejabat PKR di sini," katanya.

Sementara itu, Roslan berkata, jika Anwar seorang yang berani, beliau perlu menyahut cabaran berkenaan untuk membuktikan dia tidak mempunyai kaitan dengan semua tuduhan tersebut.

"Selama ini hanya dua cara Anwar untuk membersihkan dirinya iaitu jika ada tuduhan terhadapnya, beliau akan menyalahkan orang lain dan hanya sekadar menafikannya," katanya.

Tambah Roslan, Anwar perlu tampil dengan menyaman mereka jika dia berada di pihak yang benar seperti kata pepatah ''takut kerana salah, berani kerana benar.''

"Anwar mesti membuktikan dia bukan sahaja nampak bersih, tetapi perlu bersih," katanya.

Orang buta pun, boleh nampak Anwar ni tak betul...

3 comments:

rakab bebal said...

BANYAK LAGI KERJA NAK BUAT PADA BEKAS BEKAS TU SUDAH LAH RAKYAT TAHU KAMU SIAPA ?

Anonymous said...

rakyat pun tahu kamu tu rakab bebal sokong siapa. nama pun bebal..inilah sikap penyokong pr yg tak mahu kebenaran didedahkan..jika dsi tu berani bersumpah dan menyaman induvidu berkenaan orang tak akan pertikaikan lagi..gunalah otak sikit beb

Anonymous said...

Yang buat kerja nak aibkan DSAI tu adalah bekas penyokong tegar dia sendiri. Cuba p tanya Zul Noordin ke, Ezam ke atau RPK. Depa sume tu bukanke penyokong kuat DSAI pada suatu ketika dulu.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates