Friday, February 10, 2012

2 Undur Diri: Nurul Izzah Berjaya Checkmate Azmin Ali!


Akhirnya tersungkur juga Azmin Ali di tangan Nurul Izzah... bak kata pepatah... sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Azmin Ali telah menghilangkan diri di twitter sejak beberapa hari lepas sebaik sahaja dia mengumumkan untuk berhenti dari menjadi wakil rakyat. Beliau menyampaikan hasratnya untuk pencen sebagai wakil rakyat di twitter.

Ini adalah kerana ada orang dalaman yang membocorkan maklumat tentang Helmi kekasih lenjan Eli Wong... menurut sumber orang yang membocorkan maklumat sehingga tertangkapnya Helmi tak lain tak bukan, anak kepada Anwar Ibrahim.

Di bawah adalah laporan dari selangordaily.com

Azmin Ali adalah salah seorang pemimpin PKR yang aktif menggunakan laman sosial twitter. Boleh dikatakan setiap jam beliau akan tweet. Paling kurang pun boleh dikatakan sekali setiap hari pasti akan ada tweet dari beliau.

Yang menjadi misteri kini ke mana hilangnya Azmin Ali sejak 4 hari lepas ?

Kali terakhir beliau mengemaskini twitter beliau pada 5.Febuary.2012 jam 11.27 malam dengan mengumumkan beliau hendak berhenti dari menjadi wakil rakyat.


Kenapa tiba-tiba Azmin hendak berhenti sedangkan sehari sebelum itu beliau telah bertindak menjadi Menteri Luar tidak rasmi melakukan lawatan kerja ke Turki bagi mengukuhkan hubungan Malaysia-Turki?


Jika sudah berhasrat untuk berhenti mengapa perlu bersusah payah pergi berbincang dengan Kerajaan Turki untuk kukuhkan hubungan kerjasama ?

Mengikut maklumat yang kami terima pengumuman Azmin untuk berhenti dan kehilangannya dari laman twitter beberapa hari lepas berkait rapat dengan penahanan kekasih Elizabeth Wong di Indonesia.

Sumber maklumat yang sampai kepada kami mengatakan Azmin adalah orang yang bertanggungjawab membawa lelaki berkenaan lari ke Indonesia bagi mengelak ditangkap polis kerana menyebarkan gambar lucah Elizabeth Wong serta Azmin juga yang bertanggungjawab menyediakan dokumen palsu lelaki itu.

Selain itu Azmin juga dipertanggungjawab untuk menjaga dan mengambil berat segala hal ehwal lelaki berkenaan sepanjang dia berada dalam pelarian. Kegagalan Azmin menjalankan tugasnya itu telah menyebabkan lelaki tersebut ditahan pihak berkuasa Indonesia.

Selanjutnya baca di sini...

2 comments:

Adi Kencana said...

Sandiwara je Azmin ni... Sikit pun aku x percaya!!

SETELAH DITELANJANGKAN DI LEMBAH PANTAI, NURUL IZZAH LARI KE SINGAPURA!! Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

nurul izzah dengan azmin ali sama jer, dua-dua pon tak leh pakai, in fact, PKR, DAP dan PAS semua tak leh Pakai, UMNO dan BN kena kuatkan usaha bantu rakyat dan membela nasib rakyat, stakat ni adalah dalam 60% orang UMNO @ BN yang boleh Pakai! yang lain pun bagero jugak!

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates