Thursday, April 5, 2012

SPR: Mahfuz Reka 'Cerita Karut Jahat' !!


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, bahawa beliau terlibat dalam 'pasukan petugas' yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Wan Ahmad berkata Mahfuz, yang menamakan beliau dalam satu sidang akhbar semalam, telah sengaja mengheretnya ke dalam "cerita karut" rekaannya yang bertujuan untuk "merosakkan integriti SPR".

Wan Ahmad menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz.

Sebaliknya, kata Wan Ahmad, beliau tidak tahu tentang tuduhan terhadapnya itu.

"Dia sengaja mengaitkan nama saya ,timbalan pengerusi SPR, dalam cerita rekaannya itu untuk modal politik bertujuan untuk mengaitkan SPR dalam aktiviti sedemikian.

"Objektifnya untuk merosak integriti dan kredibiliti SPR sebagai badan bebas dan berkecuali di bawah Perlembagaan," kata Wan Omar.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat penasihat undang-undang suruhanjaya itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Sumber: Malaysiakini

No comments: