Saturday, May 12, 2012

5 Mahasiswi Bidas Ambiga Dan Anwar


Salam Blogger,

Ini pandangan hebat dari seorang mahasiswi mengenai isu BERSIH3.0 yang difikirkan beliau sebagai gagal dan tak memberi manfaat kepada kita :

"Perhimpunan yg diadakan di stadium adalah lebih baik kalau nak dibandingkan dengan perhimpunan jalanan.

Keadaan lebih teratur dan tersusun, tidak mengganggu ketenteraman masyarakat dan tak menggugat keselamatan negara.

Dan perhimpunan seperti itu tidak akan merosakkan pandangan pelancong dari luar, in fact mereka akan kagum dengan perpaduan dan semangat rakyat Malaysia.

Tidak ada salahnya kalau penganjur bersih menerima tawaran untuk menggunakan stadium dan perhimpunan mereka akan lebih berjaya serta dipandang tinggi dalam usaha untuk menuntut pilihanraya yang bersih.

Masih banyak ruang dan peluang yang diberikan kepada mereka. Kita mahukan keamanan dan tindakan berhimpun di jalanan bukanlah apa yang masyarakat mahukan

Saya harap masyarakat Malaysia khususnya mampu menilai, dan mencerna, siapa dan bagaimana cara yang perlu kita ikut.

Kerajaan sudah bersikap terbuka dengan membenarkan mereka berhimpun di stadium. Tetapi apa balasan yang diberikan? Diberi bunga, dibalas tahi. Malah tindakan demonstran yang mencabar dan memburuk burukkan polis adalah sangat dikesali. Sudah menjadi tugas polis untuk memastikan keselamatan masyarakat dan negara.

Semoga masyarakat sedar kepentingan keamanan di negara ini. Saya sebagai seorang mahasiswa, seorang belia, seorang kakak, bakal ibu, mahukan negara yang aman untuk generasi masa hadapan. Saya tak mahu dipersalahkan suatu hari nanti andai kata Malaysia kucar kacir, dan demonstrasi menjadi budaya dalam masyarakat kita."

- Ilham Jamil Khir

5 comments:

SHAH ALAM REBELS said...

Kami meminati blog tuan. Kami juga telah link kan blog tuan dalam blogroll kami. Harap tuan dapat link kan blog kami http://shahalamrebels.blogspot.com/

Anonymous said...

Kalau dah niat atau nawaitu dari mula lagi dah tak "BERSIH", ape pun yang di buat akhirnya akan menampakkan kekotoran yang sebenarnya. Itu lah yang telah di tunjukkan oleh Allah akan orang-orang yang cuba merosakkan muka bumi ini.

QalamQabut said...

Aku dah cerita kebaikan buat perhimpinan Bersih 3.0 dalam stadium kat dua tiga blog. Tapi kat sini aku nak luahkan yang lain sikit.

Aku akan tabik spring kat Bersih kalau depa bawak semua yang hadir hari tu ke Selangor dan kutip sampah sarap yang dah membukit dan mengganggu kesihatan manusia dan binatang tu. Kalau depa buat macam tu haritu, disamping bagi penerangan pasal sistem pilihanraya yang bersih dan telus, aku percaya sekurang-kurangnya Selangor akan terus berada dalam tangan PR.

Tetapi sayangnya, haprak masih kekal menjadi haprak.

PecahPalakMikir said...

PPM blogger baru berusia 3 bln, Harap dapat tumpang berjuang dipautan blog tuan.
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

Berita dari gunung said...

Banyak orang lupa Ambiga adalah peguam yang biasa dengan putar belit, berusaha memenangkan yang salah.

Ramai tidak sedar waktu Anwar mahu ziarah ibunya yang meninggal dunia dulu, dia sanggup berpura-pura sakit, lemah dan mahu mati, hanya untuk meraih simpati.

Hidup ini adalah satu pentas permainan bagi mereka....

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates