Monday, May 7, 2012

2 Saifuddin Nasution Berjaya Memperbodohkan Diri Sendiri Dengan Cemerlangnya


Ketua Umno cawangan Kubang Bunggor, Mohd Nor Halim mengakui terkejut apabila cawangan diketuainya itu dikaitkan sebagai cawangan parti yang turut dianggotai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

“Saya kenal semua ahli Umno cawangan saya dan setahu saya, tak pernah pun Datuk Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR daftar jadi ahli di cawangan ini,” katanya.


“Jadi apabila Datuk Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) sebut nama Datuk Wan Ahmad sebagai ahli Umno cawangan ini, saya tahu dia sudah tersilap, tertukar dengan Tok Wan Mat (Wan Ahmad, peniaga kedai makan),” katanya sambil tertawa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Mukim Tasek Raja, Rustam Ab Rahman pula menyifatkan tindakan mengaitkan nama Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai ahli Umno semata-mata cubaan menjatuhkan kredibiliti SPR dan juga pentadbir itu sebagai pegawai kanan suruhanjaya.

“Jika Timbalan Pengerusi SPR atau Umno tidak ambil tindakan menjawab dakwaan ini, orang ramai akan percaya sekali gus memburukkan imej SPR sebagai badan pengurus pilihan raya yang bebas dan berkecuali,” katanya.

Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR.

Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

“Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” kata Wan Ahmad, peniaga kedai makan tersebut.


Wan Ahmad berkata, meskipun kenyataan Saifuddin tidaklah menjejaskan dirinya, namun dia berasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh ahli Umno hanya sebab nama sama dengannya.

“Apa lagi sehingga dia (Datuk Wan Ahmad) digesa letak jawatan,” katanya.

Sinar Harian, 26 April lalu menyiarkan kenyataan Saifuddin mendakwa Datuk Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai ahli Umno lalu mencabar kedua-duanya membuat penafian sebelum beliau mendedahkan lebih terperinci maklumat keahlian mereka.

Saifuddin turut desak Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad lepaskan keahlian mereka bagi membuktikan SPR bebas dan berkecuali.

Saifuddin turut sertakan maklumat bahawa Wan Ahmad bin Wan Omar, kad pengenalan bernombor 490101-03- 5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah ahli Umno bernombor 2374564 di cawangan Kubang Bunggor, Bahagian Pasir Mas, Kelantan.

Apabila ditunjukkan kepadanya maklumat itu, Wan Ahmad berkata: “Ia berkaitan dengan diri saya, bukan Timbalan Pengerusi SPR.”

Datuk Wan Ahmad dalam satu kenyataan yang disiarkan, 3 Mei lalu nafi beliau ahli Umno sekali gus menuntut Saifuddin mohon maaf secara terbuka.

Saifuddin dalam susulan sehari kemudian, pertahan dakwaan itu dengan akui sudah kemukakan ‘bukti’.

“Saya tak peduli dengan penafian dibuat. Saya telah kemukakan bukti. Jika bukti saya salah, kemukakan yang benar. Itu persoalan utama,” katanya

2 comments:

Ahmad Shukri Mokhtar said...

ini pakatan syaitan brjanggut bkn gheti bahasa punya malaun.. Spesis ni jenis menuduh x de bukti, beban bukti pada yg dituduh. Apa ke bodoh mcm babi anusrael jugak.. Bila ko nak mampus malaun?

Anonymous said...

ni dah bagi yang benar tak paham2 ke nak minta maaf??

patutnya bersih tu yang perlu di bubarkan

1. kata ngo takder kaitan dengan mana2 parti politik habis sapa anwar ibrahim itu?
2. ahli jawatankuasa yang konon ngo bukan ke dulu ahli pakatan pembangkang?

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates