Saturday, May 5, 2012

0 Video KJ: UMNO Parti Unik, Laksanakan Tugas Dengan Baik 66 Tahun


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meyifatkan UMNO telah melaksanakan tanggungjawab dan tugas dengan baik dalam memimpin negara bersama rakan-rakan komponen menerusi Barisan Nasional BN).

Menurut beliau atas dasar itu UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang unik merupakan formula serta ramuan dalam mentadbir negara untuk kepentingan rakyat secara menyeluruh.


"Jelas terbukti UMNO telah menjalankan tanggungjawab dan tugas memimpin negara kita dengan adil dan saksama terhadap seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama, kaum, bangsa dan latar belakang.

"Dan ini amat unik sekali sebab walaupun UMNO diasaskan untuk orang Melayu dan bumiputera tetapi kita telah buktikan dengan kerjasama parti-parti komponen menerusi BN kita tidak meminggirkan mana-mana kaum yang lain.

"Malah kita telah membuktikan kepimpinan melayu adalah satu kepimpinan yang disanjung tinggi yang dapat beri perlindungan kepada setiap rakyat Malaysia dan dapat member peluang kepada adil kepada semua kaum yang ada di negara ini.

"Saya rasa itulah formula yang digunapakai dengan jayanya oleh pemimpin UMNO selama 66 tahun dan orang Melayu sudah semestinya dan saya rasa majoriti menyokong UMNO sebab kita tidak lari daripada perjuangan untuk agama, bangsa dan mempertahankan tanah air untuk semua," katanya dalam temubual ekslusif bersama UMNO-Online sempena ulangtahunUMNO ke-66.

Beliau seterusnya menambah tema ulangtahun UMNO kali ini yang meletakkan UMNO Pembela Rakyat 66 tahun amat bertepatan dengan segala jasa dan khidmat bakti yang telah direalisasikan untuk rakyat.

"UMNO Pembela Rakyat 66 tahun bermaksud kalau kita tengok dan imbas kembali sejarah negara waktu UMNO ditubuhkan negara kita belum lagi merdeka, ramai kalangan orang Melayu dan mereka yang duduk di tanah Melayu pada waktu itu hidup dalam belenggu kemiskinan dan tiada keperluan asas dan tidak ada kemajuan.

"Tetapi kalau kita tengok hari ini kita dah basmi miskin tegar, kadar kemskinan jauh telah turun bukan hanya orang Melayu Bumiputera seluruh rakyat. Segala pembangunan dan kemajuan ekonomi yang kita lihat hari ini adalah usaha daripada UMNO dan rakan-rakan kita dalam BN. Sebab itu kita berani cakap UMNO pembela rakyat.

"Kita bukannya parti yang kekal berkuasa berpuluhan tahun semata-mata atas kekuatan kuasa kita sahaja macam kuku besi. Kita menang pilihan raya tiap lima tahun dan setiap kali dapat mandat kita akan perkenalkan dasar baru untuk membela rakyat. Sebab itu kita tetap relevan dan kita berani menggunakan slogan pembela rakyat sebab kita dah tengok secara hakiki perubahan itu telah menjadi kenyataan," katanya.

Khairy seterusnya berharap agar rakyat melihat UMNO secara menyeluruh dan sejarah parti bersama rakan-rakan komponen BN lain yang telah banyak berjasa kepada rakyat di negara ini.

"kita pembela kepadarakyat 66 tahun dan bukan sahaja sejarah tetapi idea dan kemampuan kita untuk memimpin hari ini dan masa akan datang. Kita bukannya parti yang tidak ada pelan tetapi UMNO dan BN kita yang mendokong aspirasi dan juga dasar kerajaan hari ini yang dibawa Datuk Seri Najib Razak iaitu transformasi politik, ekonomi dan kerajaan yang akan mewujudkan sebuah negara berpendapatn tinggi menjelang 2020.

"Pelan kita dah cantik, misi dan ada visi dah ada......Cuma kita harap rakyat akan nilai antara mereka yang pandai buat janji tetapi tidak dapat ditunaikan yang sebenarnya janji mereka terlalu manis. UMNO dan BN ada track record 66 tahun pembela rakyat yang akan pastikan kita jaga Malaysia dengan baik," katanya.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates