Thursday, January 31, 2013

6 Anggota Dan Pemimpin PKR 'Buat Kecoh' Di JPN P.Pinang


Kira-kira 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Naib Presiden PKR N.Surendran pada Rabu menimbulkan kekecohan di kompleks jabatan kerajaan pusat di Bangunan Persekutuan di sini apabila cuba menyerbu masuk untuk menganjurkan demontrasi "duduk dan bantah".

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, kumpulan itu sebelum itu berarak sejauh kira-kira 400 meter dari Jalan larut ke kompleks itu di Jalan Anson sebelum merempuh halangan polis atas alasan untuk berurusan secara beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kompleks itu.

Turut serta dalam himpunan itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Batu Uban S. Raveentharan, Adun Pantai Jerejak Sim Tze Tzin, Adun Kebun BungaJason Ong dan Adun Komtar Ng Wei Aik.

Surendran berkata tujuan perhimpunan itu adalah sebagai membantah pemberian kad pengenalan merah yang didakwa terlalu lama kepada warga emas yang dilahirkan di negara ini sejak sebelum merdeka dan berharap mereka segera diberikan MyKad.

Katanya, selain itu mereka juga membawa 15 orang kanak-kanak berusia enam hingga 14 tahun yang tidak memiliki sijil kelahiran.

Kumpulan itu kemudiannya dibenarkan masuk ke pejabat JPN dan dilayan di kaunter khas.

Penolong Pengarah JPN negeri Noorhazlina Ishak yang menguruskan permohonan kumpulan terbabit bagaimanapun enggan mengulas kepada wartawan.

6 comments:

Anonymous said...

PKR= Parti Kandang Serkas!! hahaha

Anonymous said...

Ini bukti dia memang sial dan bangsat. ..... klu x suka duduk di malaysia berambus la woii

Anonymous said...

apa kena mengena demo aman dgn ganas ni?? yang ganas tu PERKASA! nape x sumbat je dlm lokap?

Anonymous said...

muka2 komunis ni lagi...nak mycard ttpi perangai tak mcm rakyat malaysia yg berterima kasih...muka2 samseng ni ingat, mycard tu boleh diberi macam beli ikan longgok2 di pasar yg hg rm1 tu...jdlah rakyat yg baik, jangan ugut kerajaan sbb takde mycard kerana undi..bnyk syarat nak jd rakyat malaysia yg setia bukan boleh ambil mcm proses jos soli dulu2..akhirnya mewariskan & membiakkan pejuang2 komunis dlm negara ini..

Anonymous said...

muka mcm penyamun... ade ati nak jd rakyat malaysia... mesti pengikut DAP tu

Anak Lenggong said...

Sebelum memerintah dah tunjuk samseng camni bila berurusan dengan agensi kerajaa..cuba bayangkan macamana la bila mereka memerintah..contoh terbaik tengok apa jadi kat Mesir..haru biru..so macamana ekonomi rakyat nak berkembang..

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates