Tuesday, January 15, 2013

Kalimah Allah: PKR Pegang Konsensus 2010


Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Syura PAS berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dalam kitab Bible.

Beliau yang juga ADUN Seri Muda menegaskan PKR tetap berpegang kepada keputusan yang dipersetujui Pakatan Rakyat pada 2010 bersabit isu itu.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)


Ketika itu, PR mengambil pendirian bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Muslim dengan syarat penggunaan itu tidak menghina Islam.

Majlis Syura PAS semalam menetapkan kalimah Allah tidak boleh diguna dalam Bible Bahasa Melayu sebagaimana yang dituntut oleh DAP pada bulan lalu.

Susulan desakan oleh Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam.

Kenyataan Hadi disokong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diangkat menjadi pendirian rasmi Pakatan Rakyat bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Shuhaimi enggan diheret dalam bahas mengenai keputusan Syura PAS itu. Beliau sebaliknya menuduh Umno Barisan Nasional (BN) sebagai sengaja memainkan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

“Apa juga yang kita keluarkan pada 2010, itulah yang kita guna pakai. Ini adalah mainan politik Umno BN. Mengapa kita harus terpengaruh?,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Majlis Syura PAS menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab Bible wakaupun ia boleh disebut oleh sesiapa sahaja.

Kalimah Allah tidak boleh diterjemah ke dalam apa bahasa pun dan sebarang usaha untuk melakukan sesuatu yang berlainan dengan keputusan itu hendaklah dicegah, menurut Syura PAS yang sekali gus mencabar pendirian Pakatan Rakyat bersabit isu itu. -Antarapos

1 comment:

Unknown said...

"Bersetuju untuk tidak bersetuju"

"Berpakat untuk tidak bersepakat"

Itulah moto pakatan..