Thursday, January 24, 2013

2 Majlis Syura Cabar Keputusan Anwar!


Keputusan Pas berhubung isu kalimah ALLAH mengikut keputusan Majlis Syura adalah muktamad yang berasaskan kepada nas-nas dan syarak.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ia adalah keputusan terbaik kepada semua agama dan kaum di negara ini.


Menurutnya, semua agama perlu hormati Perlembagaan Malaysia yang meletak Islam sebagai agama rasmi.

“Itu adalah perundangan Islam. Pas anggap isu ini telah selesai dan tidak seharusnya mana-mana umat Islam mempertikaikan perkara ini.

“Keputusan tersebut adalah muktamad dan Pas mewakili umat Islam di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu berhubung isu penggunaan kalimah iaitu bukan Islam boleh guna tetapi dengan syarat tidak boleh disalahgunakan.

Anwar berkata, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan keputusan Majlis Syura Pas, 13 Januari lalu.

Selepas keputusan Majlis Syura Pas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Katanya, kita tidak boleh menterjemahkan perkataan ALLAH kepada God atau Lord atau sebaliknya.

“Terjemahan itu tidak menggantikan ALLAH yang maha Esa, tidak beranak dan diperanakkan,” katanya.-SH

2 comments:

Anonymous said...

Jamulah nuarbraham ni dengan bubur asyura....dia pasti diam.

Anonymous said...

Pas keluarlah dr PR yg tidak memperjuangkan Islam!

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates