Sunday, January 27, 2013

Mana Suara PAS Ketika Bible Diedarkan Di Penang?


DAP dan PKR tolak, PAS beransur.Macam mana agaknya PAS nak bersihkan dirinya dari persepsi popular ini jika segala gerak langkahnya kebelakangan ini jelas begitu.

Tolak ansur...mungkin perkataan yang agak lembut untuk simpulkannya. Namun ada orang yang tidak fikir dua kali untuk label parti itu kini hanya ' pak turut' saja.

Ada juga yang buat lawak PAS hanya menonjol apabila ada demonstrasi di mana unit amal PAS jadi pengawal lalulintas.



Terbaru, ambil saja contoh kes penyebaran Bible di luar sebuah sekolah di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.

Cuba periksa, mana ada dengar suara-suara bantahan dari pemimpin PAS? Satupun tidak ada. Semua senyap seribu bahasa. Baik ulama mahupun yang bukan ulama di dalam parti itu.

Hairan bin ajaib juga memikirkan sebelum PRU12 jika ada isu-isu sensitif begini, PAS paling ke depan, dulu bukan soal sebar Bible, hendak buat Majlis Perundingan Antara Agama pun PAS bantah bukan main.

Tetapi kini, selepas menang dan menguasai beberapa negeri, PAS nampaknya sudah tidak minat isu-isu agama.

PAS yang selama ini didokong oleh gerakan Islam dengan harapan membawa aspirasi mereka telah dan sedang mengkhianati amanah tersebut.

Apa saja isu berkaitan Islam, apabila diasak oleh DAP dan PKR, PAS akan berundur.

Isu persembahan artis wanita di Kedah, kes kedai gunting rambut unisex di Kelantan, isu serbuan ke premis arak di Selangor, dan banyak lagi. PAS berundur.

PAS Pusat kini yang majoritinya dikuasai oleh golongan bukan ulama lebih senang mengikut rentak tari yang dipalu oleh DAP dan PKR dari menari mengikut irama sendiri.

Dalam kes kalimah Allah misalnya, golongan bukan ulama PAS selama ini selalu bersandarkan kepada Majlis Syura yang kata mereka “memimpin kami” tetapi terbukti sebaliknya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih rela membuat kenyataan sendiri di dalam isu Kalimah Allah bersama pemimpin Pakatan dari mendengar dahulu pandangan Majlis Syura PAS.

Keputusan Majlis Syura PAS hanya menjadi ‘akademik’ sahaja, dan kini terang-terang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan mereka berpegang kepada kenyataan Hadi yang awal, bukan Majlis Syura PAS.

Maknanya, PAS tidak lagi dipimpin ulama dan pandangan serta langkah politik yang diambil oleh parti itu bukan kerana perjuangan atau kepercayaan sebaliknya demi undi semata-mata.

Demi mengaut sebanyak-banyaknya undi bukan Islam kepada pembangkang, PAS berkompromi segala-galanya termasuk dasar perjuangan sendiri, dulu Negara Islam kini Negara Kebajikan.

Kerana apa PAS tukar Negara Islam jadi Negara Kebajikan.. Hanya kerana orang bukan Islam, tidak selesa hendak undi PAS jika parti itu memperjuangankan Negara Islam?

Isu kalimah Allah dan kes penyebaran Bible di negeri pakatan ini menjadi kemuncak pengkhianatan PAS terhadap agenda gerakan Islam di Malaysia.

Jangan kata hendak berdakwah kepada bukan Islam untuk masuk Islam, PAS bahkan hanya memekakkan mata dan menutup telinga melihat agenda Kristian yang semakin berkembang dan sistemetik menyusup ke negeri-negeri pembangkang.

Contoh mudahnya perutusan Krismas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang terang-terang mahu kerajaan BN membenarkan penggunaan kalimah Allah sebagai ganti god di dalam Bible bahasa Melayu.

Ada dua isu sensitif di sini, pertama ganti god dengan Allah dan kedua Bible Bahasa Melayu.

Kedua-dua perkara ini membawa kepada satu maksud sahaja, iaitu menyebarkan propaganda-propaganda agama Kristian kepada pentutur Bahasa Melayu.

Kalimag god di dalam Bible bahasa Tamil dan Mandarin tidak pulak ditukar kepada Allah, sebaliknya dijadikan tuhan.

Kedua soal Bible Bahasa Melayu, di Semenanjung, tidak pernah ada penyebaran Bible Bahasa Melayu dengan kelulusan kerajaan.

Ini kerana rata-rata masyarakat di Semenanjung yang bertutur bahasa Melayu sebahagai bahasa pertama mereka adalah orang Islam. Itu hakikatnya.

Jadi jika ada Bible Bahasa Melayu, siapakah pembaca sasaran golongan itu?

Bayangkan selepas ini, di hotel-hotel, apabila kita buka laci, ada Al-Quran, dan juga Bible Bahasa Melayu.

Sebagai orang Islam, sakit hati ke tidak?

Tapi mana suara PAS yang diberi harapan oleh aktivis-aktivis gerakan Islam di Malaysia membawa aspirasi mereka melalui parti pembangkang?

Tidak ada satupun kenyataan pemimpin PAS mempertikaikan apa maksud Guan Eng mengenai Bible Bahasa Melayu.

Sebab itu, jangan terkejut, ramai dikalangan aktivis gerakan Islam di Malaysia tidak sabar-sabar menghukum PAS di dalam PRU nanti.

Hakikatnya bagi mereka, PAS bukan sahaja tidak lagi berminat dengan agenda gerakan Islam, bahkan ada kalanya menjadi batu penghalang proses Islamisasi di negara ini.

Islam PAS hanya pada nama parti itu yang disahkan oleh ROS, sedangkan roh dan semangat perjuangannya, bukan roh dan semangat perjuangan gerakan Islam.

Demi undi, PAS menjarakkan diri dari agenda besar umat Islam di negara ini dan membawa penyokong taksubnya bersama-sama, jatuh ke dalam perangkap musuh.

Sayonara PAS.-Oleh Helmi Hanafi

No comments: