Friday, January 25, 2013

1 MP PAS Baling Kini Terlantar di Hospital Akibat Stroke


Berita yang baru diterima Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuden Mohd Taib kini terlantar di hospital akibat stroke dan pendarahan di kepala..

Khabarnya beliau dirawat disalah sebuah hospital swasta di Pulau Pinang sejak semalam akibat terkena angin akmar di kediamannya Baling Kedah. Kini beliau dimasukan ke tingkat 1, Wad CCU di Hospital Swasta Pulau Pinang.

Walaupun kita orang UMNO yang ternyata berbeza fahaman politik, namun ada baiknya jika sama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh dan sempat bertanding semula di PRU 13...Insyallah...

UMNO mahupun Barisan Nasional (BN) tidak pernah tergamak mendoakan kecelakaan berlaku ke atas sahabatnya apatah lagi kepada umat Islam yang lain.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, Ust Taib Azamudden  telah bertanding di parlimen Baling, Kedah mewakili parti PAS, menang dengan 21468 undi.

Namun pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau tewas kepada seorang ustazah, Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau memenangi kerusi parlimen Baling mengalahkan calon Barisan Nasional - UMNO, Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim.

1 comments:

Anonymous said...

mari sedekahkan byk2 al-fatihah.... smg sembuh cepay yb pas ni

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates