Thursday, January 24, 2013

1 PRU 13 - Anwar Tidak Pertahan Kerusi Permatang Pauh?


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), tetapi bertanding di di kawasan lain.

“Insya-ALLAH, saya akan bertanding tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain,”katanya pertemuannya bersama Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun, Anwar enggan menyatakan kerusi yang bakal dipertimbangkan itu.

Menurut daftar pemilih sehingga 31 Julai 2008, majoritinya pengundi di Permatang Pauh berbangsa Melayu dengan 69.4 % diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa India hanya 6 % manakala lain-lain adalah 0.1 %.

Pada 7 Januari lalu, Zulkifli Jalil dari Utusan Malaysia melaporkan sambutan pengundi Permatang Pauh terhadap Anwar tidak seperti dahulu lagi.

“Dikhabarkan hangat ke telinga penulis, Permatang Pauh bukanlah lagi kubu kuat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

“Program dan ceramah-ceramah yang dihadiri Anwar bersama gengnya tidak lagi ‘dilambung-lambung’ macam dulu. Apabila kelibatnya muncul di sana dalam satu program baru-baru ini, ada yang duduk dalam kereta sahaja. Tak ada sambutan hangat. Tidak ramai orang Permatang Pauh hadir.

“Kebanyakannya ‘diimport’ dari Tasek Gelugor dan Batu Kawan. Baru sebulan lepas ketika hadir di Taman Perda, Bukit Mertajam, hanya 20 orang hadir. Melihatkan itu, Anwar pun cabut, tak jadi berceramah,”lapornya.

Kemudian diikuti laporan kedua oleh blogger GA pada 21 Januari lalu yang menyebut Anwar rungsing dengan kehadiran kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke parlimennya itu.

“Special instruction Anwar kepada beberapa orang inner circle – untuk turun semula ke Permatang Pauh dan buat analisa selepas lawatan Tun Mahathir ke kawasan tersebut.

“Pada mulanya, Anwar tak risau langsung dengan kehadiran Mahathir. Pada Anwar, ‘old man’ will not make an impact. Cumanya, Anwar jadi rasa tak sedap hati kerana kebanyakan kawasan di Permatang Pauh sudah berani meletakkan banner Mahathir secara terbuka.

“Anwar cukup terperanjat apabila dimaklumkan oleh seorang Koperal cabuk, kehadiran lebih 6,000 orang.

“Mana pergi sentimen benci Mahathir yang patut ada di Permatang Pauh? Lebih mengecewakan Anwar, semua ini disusun oleh Ibrahim Ali. Injured politician. Tapi mampu kumpul 6,000 orang. Shit.”lapornya.

1 comments:

pengundi permatang pauh said...

Anwar tahu dia akan kalah jika bertanding di permatang pauh... oleh itu anwar akan mencari tempat yg selamat utk menyelamatkan diri nya... rakyat permatang pauh tolak anwar!

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates