Saturday, March 23, 2013

21 Anak Lelaki Bekas Ketua Kg Tanduo Merupakan Penyelaras Kumpulan Pengganas Sulu


LAHAD DATU: Anak lelaki kepada bekas Ketua Kampung Tanduo dipercayai merupakan orang tempatan yang menjadi penyelaras kepada kumpulan pengganas bersenjata Sulu.

Dia merupakan seorang daripada empat orang yang ditahan, merupakan individu yang memainkan peranan penting dengan kumpulan pengganas yang ditahan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Seorang lagi ialah komander tentera kumpulan pengganas Sulu, ditangkap ketika bersembunyi di kawasan paya di Semporna ketika pihak polis sedang melumpuhkan kumpulan pengganas Sulu yang beroperasi di sana dan Lahad Datu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua individu penting itu ditahan bersama-sama isteri masing-masing.

Sementara itu, Khalid mengesahkan lelaki tempatan yang ditahan berusia awal 40-an itu, itangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.

Beliau berkata lelaki berkenaan memiliki kad pengenalan Malaysia, katanya kepada pemberita.

Komander tentera yang ditahan itu kini ditahan di bawah Akta Imigresen bagi mengesahkan identiti serta dokumen pengenalan dirinya.

"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 pada Sabtu.

Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.

Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.

Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.

Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.-Mstar

21 comments:

Anonymous said...

Orang2 Sulu akan pasti menuntut Tanah air mereka kerana Tanah Melayu telah MEROMPAK tanah PAJAKAN ini dengan cara MENIPU.

usin said...

woi anon 8:25 pm. kau ada baca sejarah? pada 1963 bila mana lebih 60% penduduk sabah (yang majoritinya adalah dari kaum sulu) memilih merdeka bersama tanah melayu dan membentuk malaysia. kau cerita ni sulu mana? sulu sabah memilih malaysia. yg merepek ialah sulu filipina yg sebenarnya tiada negara sendiri kerana berada dalam jajahan takluk filipina.

Anonymous said...

Masalah Tanah Melayu nak tanya lembu ka, ayam ka, bangunan ka...itu bukan masalah pokok. Sudah pasti kalau tanya bangunan...bangunan akan cakap..ya...Tanah Melayu yg buat. Kalau tanya lembu...ya...sudah tentu lembu akan cakap Tanah Melayu bagi makan dedak...kalau tanya ayam...ya...ayam akan cakap...tamah melayulah yg buat reban.

Kau orang melayu mesti ingat, PERJANJIAN PAJAKAN tanah adalah bertulis.

Jadi, kau orang nak usahakan macamanapun ikut cara kau orang .itu hak kau orang sbb kau orang nak hidup. Tapi PERJANJIAN TETAP PERJANJIAN. Sampai masa tuannya mengkhendaki, kau orang kena serahkan. Kau orang tidak ada hak mengatakan itu tanah kau orang meskipun kau orang yang usahakan.

HAK MILIK EMPUNYA TANAH TETAP HAK MILIK MEREKA MESKIPUN YG MEMAJAK BERTUKAR TANGAN. ITU KONSEPNYA. ITU MAKNANYA PAJAKAN.

TAMAK HALOBA KAU ORANG MENYEBABKAN KAU ORANG LUPA MAKNA SEBENAR PAJAKAN SEHINGGA SANGGUP MENIPU DAN MEROMPAK.

APAKAH HUKUM MEMAKAN HAK ORANG LAIN??? APAKAH HUKUM MEROMPAK HAK ORANG LAIN?

KAMU BOLEH MENIPU DAN MEROMPAK HARTA ORANG DI DUNIA..TETAPI KAMU TIDAK AKAN TERLEPAS DI AKHIRAT DAN PASTI AKAN MENDAPAT BALASAN SIKSAAN YG DAHSYAT DI AKHIRAT KELAK.

Anonymous said...

Memang buta sejarah anoy ni.. pajakan dengan serahan pin tak faham... nak sembang bab akhirat.. yang pengganas suluk bawa tangkal dan amalan syirik tu islam apa kejadahnya.. yang tu nak kira syahid ker.. akhirat konon.. yang mati dgn tangkal dan amalan syirik tu la yg akan dapt balasan dan siksaan diakhirat.. puiiiiii..

Anonymous said...

haa...ko tunggu je sampai kiamat,duk diam2.

Anonymous said...

Sebagai org Islam , sepatutnya kiram tu merdekakan bangsa Islam yang di tindas Oleh filipina, bulananya memjadi boneka filipina. Nak jadi yang berdaulat bukannya memberi negara dgn negara kafir. Ko org fikir la. Kiram tu boneka org kafir. Selidik kebenaran.

Anonymous said...

Anos 8.25 lu sudah sewel dan klabu asap mcm kiram hantar lagi la tentera pakai tangkal pihak keselamatan malaysia nak cuba peluru baru yg yg boleh tembak hantu.

Anonymous said...

Hoi pendatang haram berambuslah ko..

Anonymous said...

ORANG YG TAMAK SELALU RUGI...DAN RUGI MEREK BUKAN DI DUNIA SAHAJ MALAH DI AKHIRAT JUGA.

Samada seseorang raja ka atau tidak raja ka dan kalau tuan tanah itu telah meninggal, maka WAJIB kita menyerahkan pada warisnya. Dan terpulan pada waris2nya untuk membahagi-bahagikan harta itu sesama mereka sebab itu adalah tanah hak peninggalan mereka.

Tanah Melayu tidak boleh menganggap bahawa "selagi ada bulan & matahari" itu sebagai mutlak kerana tuan/warisnya berhak mengambilnya semula jika mereka kehendaki. Kalau mereka tidak kehendaki, Tanah Melayu masih boleh mengusahakannya dan kerajaan sulu tidak berhak memberi pada oarang lain.

Masalah si pemajak hendak memberikan pajakan itu pada orang lain untuk mengusahakan itu adalah business mereka tetapi, hak tanah itu tetap hak Kesultanan Sulu punya.

Saya teleh menyatakan di atas tadi, memang benar, kalau pokok lah boleh bercakap, sudah pasti pokok akan berkata yg menanam pokok itu adalah Tanah Melayu, tetapi mesti diingat pokok hanyalah menumpang di tanah orang yg memberi pajakan. Kita boleh membina rumah diatas tanah pajakan, tetapi kita tidak berhak mengatakan bahawa itu adalah tanah kita. Tuan tanah berhak mengambil tanah itu jika ia diperlukan dan kita pula tidak ada hak utk menghalangnya.

Kau orang mesti ingat, sultan sulu yanbg terkhir bukan mewakili kesemua pewaris tanah itu, beliau tidak ada hak keatas pembahagian lain tanah tersebut. Dan perkara ini tidak sah di sisi undang2.

Satu surat "confidential" oleh colonial british dgn tanah melayu dgn jelas menyatakan cubaan MENIPU dlm tafsiran perkataan "LEASE" terhadap kesultanan sulu.
Ini satu contoh yg setakat ini yg booeh saya nyatakan. Dan banyak lagi yg akan didedahkan di Mahkamah Antarabangsa nanti.

Dari segi ISTILAH TERJEMAHAN bahasa dalam KAMUS DEWAN sendiri dengan jelas menyatakan istilah 'LEASE' membawa maksud PAJAKAN. Jadi kenapakah Tanah Melayu manafikannya?

Sebab itu aku kata, PENIPUAN dan ROMPAKAN yg dilakukan oleh Tanah Melayu adalah amat KEJI bukan sahaja di mata masyarakat, tetapi juga dari segi agama islam itu sendri.

Anonymous said...

Anon Sulu tu tak boleh pakai otak dah. Pakai penampar jer.

Daulat dan maruah tanah tok nenek dia dah gadai habis. Dah lelap dah. Tanah Sabah sudah merdeka..! Merdeka dari Sulu dengan kebijaksanaan rakyat Sabah sendiri yang memilih Malaysia sebagai negeri gabungan dalam persekutuan yang berdaulat dan merdeka.

Kalau nak kira tengok kebelakang, Sepanyol boleh tuntut balik Filipina. Belanda boleh tuntut balik Indonesia. British pun boleh tuntut balik Malaysia.

Nak sangat Sabah tu, pi repot kat mana2 balai polis di Sabah tu laa, bongok. Boleh laa kalau nak makan penampar free...

Anonymous said...

Wahai si anon 12:21
Kamu ni ada agama ka.....
Kenapa kamu sembahyang?
Tak perlu sembahyang la sebab kalau kamu sembahyang bermakna kamu sendiri yang auta diri kamu dgn memandang ke belakang....

Sebab itu aku kata, hanya orang2 MUNAFIK DAN FASIK sahaja yg tak mengaku kesalahan yg telah mereka lakukan. Mereka sanggup MENIPU.Mereka sanggup MEROMPAK hak orang dan mewar2kan itu adalah hak mereka.

DAH TERBUKTI KAN..... itu baru simple words.

Anonymous said...

Nenek moyang ko bodoh!!!! Padan muka korang kena tipu!!!! Berambus keluar anjing!!!!

Anonymous said...

Ye lah kat akhirat kitorang kena la.... Sekarang ko diam!!!! Ko tunggu jerlah sampai hari akhirat nanti... Sekarang sabah kami punya!!!

Anonymous said...

Yang penting!!!! Sabah kami punya sekarang!!!!

Anonymous said...

amon 8.25. apa ko ingat ko tuhan ka? ko datang nak menjadi tuan pada kami? tanpa ada hal, tiba2 datang kesini nak jadi ketua. apa yg ko dah buat selama ni? apa yang membuat ko rasa org sabah mahu mendaulatkan ko? ko sama mcm penjajah. jahiliyah. org msia akan menentang ko hingga titis darah yang terakhir disbbkan maruah dab harga diri. ko datang sini sbb nak sebidang tanah dan 600usd. diri ko tak ada harga langsung. mahu kesenangan dgn cara menipu, merompak dan mahu menjajah sabah...bodoh punya org.

di dunia n dah tak ada negari yg masih dijajah...cumakiram dan org bodoh saja yg masih ada hati...

Anonymous said...

Memang benarlah orang kata...
"PEROMPAK MANA YANG NAK MENGAKU IANYA PEROMPAK"

DNG MUKA TAK MALU MENGAKU TANAH PAJAKAN ITU TANAH MELAYU YG PUNYA...

DUNIA MEMERHATI TANAH MELAYU INI SUATU NEGARA YG PENUH DGN PEMIMPIN YG KORUP DAN TIDAK AMANAH.

PERJUANGAN UTK MENDAPATKAN SEMULA TANAH SABAH TIDAK AKAN TERHENTI MALAH AKAN DITERUSKAN OLEH RAKYAT KESULTANAN SULU.

dah maju baru le nak mengaku hak engko, ekk. said...

KIRAM KEBULOR HARTA FELDA DETECTED

Anonymous said...

Tanah Melayu telah melanggar perjanjian
Mereka hanya diberikan kuasa untuk memajukan dan bukan untuk DIJADIKAN HAK MILIK MEREKA.

TANAH DIPAJAK, KEMUDIAN SETELAH DIBERI SEKIAN LAMA PELUANG UTK DIUSAHAKAN, KINI NAK MENGAKU TANAH SENDIRI PULAK. SEDAR LAH DIRI SIKIT.......

Anonymous said...

Kesian ...kesian..kesian
Nak buat mcmana semua salah nenek moyang kau dulu tak berapa cerdik......
Nenek moyang akumpun tak berapa cerdik jugak bagi ic dekat india n cina, bagi temasek kat cina.....
Tapi nenek moyang kau lagiiiiiiiiiiiiiiiii tak cerdik...
Cm nilah kita sama sama tunggu balasan akhirat......tadi cakap pasal akhirat sangat..pasal orang lain merompak..pasal syurga neraka.....just wait till akhirat jelah sulu...sabar ye...sabar itu separuh iman.....barulah islamik...bukan buat tatu ayat quran dekat badan, bukan letak celah kankang.....bukan bukan bukan..

Anonymous said...

Susah btol la nk ajar mamat suluk ni nak paham2. Kecik2 xnak belajar. Dah besar buat ajaran sendiri. Perjanjian pajakan tanah "selagi ada bulan dan bintang" tu bermaksud SELAMA-LAMANYA la tu. kalo korang nak sangat, ko pegi hantar orang2 suluk pegi musnahkan bulan. Hehe. Dah taktik penjajah british buat perjanjian macam tu. negeri2 tanah melayu pun diorang buat perjanjian berat sebelah jugak. Tujuan diorang sama. Untuk menjajah. Dan sabah merdeka di dalam Malaysia. Full stop!
Kalau kerajaan filipina ada cukup bukti nak tuntut sabah, dah lama diorg buat. Tapi malangnya, pulau sipadan pun dapat kat Malaysia.

Anonymous said...

Syukurla masyarakat suluk sekalian. Kerajaan malaysia dah selamatkan kamu semua dari penindasan kerajaan filipina terhadap umat Islam. Korg dtg sini kerajaan bagi Ic (tp ada tarikh expired). Kalo ko miskin ko bleh dapat BRIM n e-kasih (kena angkat sumpah mengaku orang miskin). Mesti korang meroyan sebab ic biru korang byk expired 2014 nanti kan? Jgn risau, nanti bleh renew lg. aku mengajar kat sabah bersepah2 tgk ic ada tarikh luput ni.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates