Thursday, March 21, 2013

Filipina Gesa Kiram Henti Berbohong


Jamalul Kiram III (kiri) dan Abraham Idjirani. Filepic: AFPMANILA: Kerajaan Filipina tidak mahu mengambil pusing berhubung plot pembunuhan yang didakwa oleh Jamalul Kiram III dan penasihatnya, Saycon Pastor.

Jurucakap Presiden Filipina, Edwin Lacierda semalam meminta Jamalul berhenti berbohong dengan segera.

“Dakwaan ini tidak masuk akal. Setiap hari beliau mengeluarkan cerita sensasi,” kata beliau pada sidang media, semalam.

Lacierda turut membaca kenyataan Penasihat Keselamatan Negara, Cesar Garcia mengenai pengesahan komuniti perisikan mengenai plot pembunuhan itu adalah negatif.

“Siasatan yang dijalankan mengenai dakwaan kehadiran individu tertentu juga tiada sama sekali,” katanya.

Lacierda berkata, pihaknya juga tidak pasti sama ada cerita plot pembunuhan itu sahih atau tidak.

Beliau menambah, pihaknya sukar untuk mempercayai Jamalul kerana sebelum ini mereka pernah menyebarkan berita palsu.

“Kami mempunyai pengalaman yang sama sebelum ini, mereka tidak memberitahu kami cerita sebenar,” ujar Lacierda.

Beliau berkata lagi, Jamalul juga mesti memaklumkan kepada Biro Siasatan Negara (NBI) mengenai ‘cerita’ mereka itu.

Saycon dan peguam Jamalul, Leonard de Vera telah mengunjungi NBI petang semalam bagi melaporkan plot yang dikatakan mahu membunuh Jamlul, ahli keluarga terdekat dan para pengikutnya.

Menurut Saycon, mereka ada membincangkan mengenai ancaman sebenar ke atas Kesultanan Sulu.

8 comments:

Anonymous said...

Berbohong...????
Siapa yg berbohong...???
Orang yg berbohong ialah manusia MUNAFIK yg merampas harta PAJAKAN tuan punya tanah.
Itulah manusia PEMBOHONG NO-1.

Anonymous said...

Meroyan laa ko sorang2, anon....

Ada aku kisah..??

Anonymous said...

Betullah tu PEMBOHONG. Bukan Sultan tapi mengaku Sultan. Kiram tu lah MUNAFIK. Pakai tangkal dan guna ilmu hitam bukan setakat MUNAFIK, tapi SYIRIK, nauzubillah.

-Sug Sabah

Anonymous said...

ORANG YG MUNAFIK SEBENAR IALAH ORANG YG MEMBOHONGI PERJANJIAN PAJAKAN.
ORANG YG MUNAFIK IALAH ORANG YG MERAMPAS DAN TIDAK MAHU MEMULANGKAN SEMULA TANAH YANG DI PAJAK.
ORANG YG MUNAFIK IALAH ORANG YG DIBERI PAJAKAN TANAH DAN KEMUDIAN ORANG YG MEMAJAK ITU MENGAKUAI ITU TANAHNYA PULA.

"lease" = pajak = ambil terus ???

Betapa BODOH nya MELAYU yg memperbodohkan orang Melayu sendiri.

ibnu sahdan said...

ngkolah bodoh sebab tak tahu membaca apakah maksud ayat didepan "lease" itu "permanent"=bertaraf tetap.

ibnu sahdan said...

orang bodoh macam ngko ni lain kali kalau nak sign agreement baca betul2.ngko yg menyokong orang yg menuntut tu pun ikut bodoh sebab sebab tak tahu makna,main nak tuduh pula.kat agreement tu kan tertulis "permanent lease"=pajakan kekal.sesuatu pajakan macam ni ngko xleh tuntut melainkan bayaran atas pajakan kekal itu bukan harta yg dipajak.itu sebab dalam agreement jualbeli tanah ada tulis pajakan atau hak milik kekal.kesian menyokong membabi buta tanpa mengetahui yg disokong itu betul atau salah.

Anonymous said...

Dh memang jenis-jenis dia..bodoh xbole diajar..biarlah dia dgn kebodohannya..

Anonymous said...

Baca baik-baik...'permanent lease' bukan 'lease'.... kalau tak pandai translate, pergi kat translate.google.com

Satu lagi, tanah sendiri pun bawah negara orang lain dan huru-hara, nak mengganas kat tanah yang aman damai.

Bangunkanlah bangsa dan negaramu wahai kiram....sebagai seagama, sedih kami lihat, tapi kami tak boleh nak buat apa2 sebab anda adalah rakyat negara lain... jangan rosakkan tempat orang lain berlindung mencari rezeki...

adios