Friday, March 1, 2013

6 Pertempuran Berlaku Di Lahad Datu



Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan tentera Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.


Perbualan telefon dengan ketua pemberontak terputus.

Adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram mendakwa pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh masuk ke sebuah kampung di Sabah.

Dalam satu temu bual bersama radio dzBB kira-kira pukul 10 pagi Jumaat, Agbimuddin Kiram yang juga ketua kumpulan tersebut berkata, mereka telah ditembak dan terpaksa mempertahankan diri.

“Biglang pumasok sa amin (Mereka datang dengan tiba-tiba), kami perlu mempertahanakan diri sendiri,” kata Raja Muda Agbimuddin Kiram.

Ketika ditanya masa pasukan keselamatan Malaysia bertindak, dia berkata: “Oras na ito (pada waktu ini).”
Bunyi tembakan kedengaran ketika temu bual itu diadakan.

Temu bual itu kemudiannya terputus.

Dalam temu bual kedua dengan stesen radio, Agbimuddin Kiram berkata, dia menerima laporan bahawa beberapa anggotanya cedera dan memberitahu mereka tidak akan ada berundur atau melakukan gencatan senjata.

“Meron na (Terdapat anggota yang cedera),” katanya dalam temu bual itu apabila ditanya jika ada anggotanya yang cedera, beberapa saat selepas temu bual pertama itu terputus.

Ketika ditanya sama ada terdapat polis Malaysia yang cedera, dia berkata:”Ewan ko (Saya tidak tahu).”


Mynewshub

6 comments:

Anonymous said...

It is a sad story. However, malaysian police/ army have been very profesional and patient by giving ample time on the negotiation. Time is up. And I pray for the Malaysian safety.

Anonymous said...

Ya Allah pada Mu untuk kami berlindung pada Mu jua tempat kami memohon kekuatan dikala negeri kami diceroboh, ya Allah aku memohon kepada Mu berikan perlindungan kpd pasukan keselamatn kami d Lahad Datu khasnya serta di seluruh tanah air amnya dr kecelakaan angkara kezaliman pihak penceroboh mahupun org2 yg zalim.Sesungguhnya mereka menyerahkan tubuh mereka utk mendaulatkn keamanan ...amin amiin ya rabbil 'alamin

Anonymous said...

dah kau orang ceroboh negara orang. salah kah pehak malaysia,jika menembah penceroboh yg sudah menceroboh salah satu negerinya selama beberapa hari?

Anonymous said...

Kalau kita yg menceroboh negara lain dgn lengkap bersenjata,pasti kena tembak juga...mungkin tanpa rundingan pun...ini kita sudah memberi ruang hampir sebulan..takkan kita nak biarkan kedaulatan dan keamanan negara di ancam...semoga semua penceroboh itu musnah!

Nor Azlan said...

Kalau AKU yang berada di sana, dah lama aku TEMBAK SIALAN SULU tu.. SIALLL kerajaan sulu konon.... Mai kita PIKIAQ sikit... Kalau ORANG MASUK RUMAH KITA DENGAN SENJATA, NAK SEMBANG/RUNDING DULU KAAAA.... tembak kasi MAMMMMPOSSSSSSSSS laaa... Ya ALLAH, selamatkan pejuang kami ya ALLAH... ALLAH HU A'KBARRRRR

deen zainol said...

Siapa yang menceroboh, patut di tembak tampa sebarang rundingan lagi. Malaysia dah beri ruang rundingan tapi tak di pedulikan, apa lagi tunggu pihak polis dan tentera malaysia. Ayuh hapuskan semua penjenayah, jangan tinggal walau seorang pun. Dah menceroboh negeri orang salahkan orang pulak. Puiiihhh....

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates