Saturday, April 13, 2013

0 #PRU13 #TolakPR DAP Pahang Dakwa PKR Tamak


Kemelut dalaman yang melanda Pakatan Pembangkang dalam isu perebutan kerusi sejak akhir -akhir ni semakin menjadi - jadi dengan tuduhan yang tak tentu arah.

Yang paling menghairankan, kenyataan - kenyataan pedas dari pimpinan Pakatan itu diluahkan secara terang - terangan di media - media massa tanpa segan silu.

Tambah memeranjatkan ialah apabila pimpinan DAP Pahang mendakwa tindakan PKR meletakkan lebih ramai calon mereka sebagai satu tindakan yang tamak.

Naib Pengerusi DAP Pahang, J. Apalasamy meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh PKR secara berleluasa diseluruh Negara.

Jelas J. Apalasamy, apa yang dilakukan oleh PKR Pusat itu hanya akan menjejaskan peluang parti lain didalam Pakatan Pembangkang untuk bertanding.

Hakikatnya, kenyataan J. Apalasamy itu menjurus kepada kekecewaannya terhadap pimpinan PKR yang enggan meletakkan calon dari kaum India sendiri.

“PKR harus menghentikan sikap tamaknya jika Pakatan serius mahu menawan Putrajaya,” kata Apalasamy.

“DAP tidak boleh tunduk terlalu banyak kepada sikap tamak rakan parti komponen dalam Pakatan,” tegas Apalasamy.

Ironiknya, di Pahang sendiri, PKR pulak menundingkan jari terhadap DAP dan menyifatkan mereka sebagai sebuah parti yang tamak.

Perkara tersebut jelas dinyatakan oleh Pengerusi PKR sendiri tatkala diawal pengumuman calon bagi Parlimen Bentong oleh Setiausaha Agun DAP sendiri.

PKR menyelar tindakan Guan Eng yang menamakan Wong Tack sebagai calon untuk berhadapan dengan Barisan Nasional tanpa sebarang persetujuan dari PKR sendiri.

Sebelum ini, kerusi Parlimen Bentong ditandingi oleh PKR yang menyaksikan kekalahan teruk kepada penyandang Datuk Seri Liow Tiong Lai merangkap Menteri Kesihatan Malaysia.

Itu baru perbalahan yang berlaku diantara PKR dan DAP. Belum lagi diceritakan mengenai perebutan kerusi yang berlaku diantara PAS dan PKR. Lagi teruk keadaannya.

Kesimpulannya cukup mudah. Belum pun mereka ini dapat memerintah, masing – masing sudah menunjukkan sikap tamak masing – masing. Semuanya atas dasar perjuangan demi kepentingan diri sendiri. Bukannya mereka hendak memperjuangkan rakyat!!!

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates