Tuesday, July 26, 2011
Karnival Kerjaya Pemuda BN Di Sabah Tawar 7,000 Jawatan Kosong
Sebanyak 7,000 jawatan kosong akan ditawarkan oleh 150 syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (SGLC) sepanjang tiga hari berlangsungnya Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Perdagangan Likas yang bermula 29 Julai ini.
Pengerusi Pemuda BN Sabah, Awang Kadin Tang berkata penganjuran karnival kerjaya terbesar itu merupakan usaha baharu pergerakan Pemuda BN Sabah untuk membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dijangka melancarkan karnival Pemuda BN peringkat negeri itu yang turut dihadiri oleh para pemimpin parti komponen BN negeri, katanya pada media di Bangunan UMNO dekat sini hari ini.
Awang Kadin berkata jawatan kosong yang ditawarkan meliputi pelbagai jenis bidang kerja termasuk perladangan dan industri minyak yang merangkumi jawatan daripada peringkat rendah hingga ke eksekutif di merata-rata tempat di seluruh negara.
“Saya yakin, berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap program karnival di negeri-negeri lain di Semenanjung, karnival kerjaya Pemuda BN di Sabah turut mendapat sambutan yang baik,” katanya.
Antara syarikat besar yang menyertai karnival kerjaya yang dibuka dari 10 pagi hingga 8 malam itu katanya ialah Petronas, Tan Chong Group, Labuan Shipyard, Sawit Kinabalu, Bernas, Lembaga Tabung Haji dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sehubungan itu, Awang Kadin berharap golongan muda khususnya yang belum mendapat pekerjaan dapat datang beramai-ramai dan membawa bersama dokumen penting termasuk sijil kelayakan asal untuk memudahkan pendaftaran dalam sesi temuduga terbuka.
Katanya Pemuda BN juga telah berunding dengan pengusaha bas yang berpangkalan di terminal bas Wawasan Plaza di pusat bandaraya Kota Kinabalu untuk mengadakan perkhidmatan pengangkutan bas yang berulang-alik ke Pusat Perdagangan Likas sepanjang karnival berkenaan berlangsung.
Labels:
BNYJF,
Khairy Jamaluddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Tahniah pemuda BN, tq KJ
Petronas Chemical dikhabarkan menawarkan hampir 4000 peluang pekerjaan untuk pelaburan terbaru mereka, SAMOR di Sabah.
Keutamaan diberi kepada penduduk sabah untuk terlibat dalam projek ini.
wah..da lama tgu, xsbar nak p KK..hope ada keje yg ngam...thanks Pemuda BN
baru Petronas mau ambl pekerja...tp sebilangan graduate dr INSTEP batch 07/09 blum pn kna pngl intrview... jnji kosong sja petronas ni..
pusat perdagangan likas tu di mana?
hari sabtu ngan ahad tu...sesi temuduga akan diadakn jg atau hanya pada hari jumaat...sebab selalunya temuduga dijalankan pada hari bekerja saja kan...??
hari sabtu ngan ahad temuduga djalankan jg atau hanya pada hari jumaat saja?slalunya hari bkerja ja kan temuduga dijalankan....
Post a Comment