Saturday, July 30, 2011

Tahniah Palanive Dilantik Menteri Penuh, Pemuda Umno Terus Cemerlang!

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan pelantikan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri mengumumkan berkenaaan pada mesyuarat Agung Tahunan ke-65 MIC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Beliau dilantik secara rasmi sebagai Presiden MIC kelapan menggantikan Datuk Seri S Samy Vellu yang menyandang jawatan itu selama 31 tahun pada 6 Disember 2010.


Harap MIC akan bekerja lebih keras dari peringkat atasan hingga ke akar umbi, meraih setiap undi bagi memastikan kemenangan milik Barisan Nasional di PRU ke-13 nanti.  


Seharusnya kita mengucapkan tahniah dan syabas juga kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin kerana membuktikan bahawa tanpa jawatan Menteri penuh Pemuda sentiasa bekerja keras membantu Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bagi menarik sokongan gologan muda.

Sikap ini harus dicontohi oleh mana-mana pihak yang berada didalam parti dimana perjuangan perlu ada keiklasan jangan sekali kali berasa lemah kerana mengejar kuasa... Walaupun terpaksa merangkak dalam mencari kekuatan untuk berdiri tanpa tulang belakang yang kukuh, akhirnya kebijaksanan mengatasi segalanya.

PM mengiktirafkan pendekatan model politik baru pemuda berjaya selesaikan isu rakyat khususnya bagi golongan muda.

TQ KJ!

3 comments:

Anonymous said...

tahniah... model politik baru sudah diperkenalkan... cara lama bila nak tukar? ekkk!

Anonymous said...

uh pedassss!

Anonymous said...

kita kena ingat bahawa MIC lah satu-satunya parti yang menolong orang-orang INDIA MUSLIM. mereka telah banyak buka pelluang untuk anak-anak INDIA MUSLIM lanjutkan pelajaran di universiti , meneylesaikan masalah perumahana. Kepada MIC, kami ucapkan terima kasih.