Monday, August 15, 2011

MB N9 Sediakan RM3.2 Juta Bantu Fakir Miskin Sepanjang Ramadhan, MB Selangor Teruskan Maksiat Dan Murtad Sepanjang Ramadhan


Menteri besar bersama isteri Raja Datin Seri salbiah Tengku Nujumudin telah menyampaikan bantuan Baitulmal RM300-00 kepada 46 asnaf fakir miskin serta RM1500-00 kepada Masjid Kg. Limsum dan berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban menghadapi Aidilfitri nanti.

Masyarakat terus dijaga serta dibela sejajar dengan dasar-dasar yang dibuat selama ini atas tujuan mensejahterakan rakyat seluruhnya.

Bagi golongan fakir miskin, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melakukan segala yang terbaik seperti unjuran Dasar Jaringan keselamatan Sosial Kemiskinan yang amat berjaya.

Bantuan yang disalurkan oleh JKM kepada golongan fakir miskin ini dahulunya terus dimasukkan ke dalam akaun bank atau diberikan di balai polis, tetapi bagi memberi keselesaan kepada para penerima yang kebanyakanya orang tua, maka kini ianya diadakan kepada di dewan orang ramai dengan disediakan makan minum dan Menteri Besar sendiri yang menyampaikannya.

Menteri Besar Negeri Sembiln juga mengumumkan, disepanjang bulan Ramadhan ini, Baitulmal membelanjakan RM32 juta untuk bantuan kepada golongan asnaf yang lapan dan juga bantuan kepada Masjid-masjid di seluruh Negeri Sembilan.

Ini semua dapat dilakukan lantaran pengurusan yang baik serta cekap oleh kerajaan Negeri dan juga jabatan yang dipertanggung jawabkan menguruskan wang zakat.


Di mana ada Khalid disitu ada Eli Wong..... Mana isteri Khalid?


Tiada masaalah untuk pusat hiburan beroperasi di bulan ramadhan, muzik tunggang langgang, rumah urut... lagi apa mahu semua Khalid kasi on... nak bertegas sikit tak boleh, takut puak DAP marah...


Sekiranya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorok perkara ini daripada rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sebab tidak layak lagi memegang jawatan Menteri Besar!

Siapa pulak yang bocor rahsia buat pendedahan isu gereja ni? mampus aku... Khalid.

Inilah perbezaan yang jelas diantara MB Pemimpin untuk Rakyat (N9) dan MB Boneka kepada DAP (Gagap)

2 comments:

Anonymous said...

Bukti dah banyak didedahkan... Khalid Ibrahim nak tunggu apa la? nk tunggu sampai ada pertumpahan darah ke?

Nurul Huda said...

kalau sistem pendidikan di Malaysia lebihkan pendidkan kerohanian atau pendidikan Islam, insyaAllah perkara ni tak berlaku..berilah bible/holy water sekalipun,kalau iman di hati kita kuat,kita akan gelak je baca isi bible yg ntah apa2 tu...apa-apa pun, semoga Allah menguatkan keimanan dalam hati kita semua dan semoga kita tak terjatuh dalam kesesatan..insyaAllah...