Selepas 25 tahun mengusahakan restoran, Mohd. Rosseli Samsudin, 47, akhirnya terpaksa berputih mata apabila premisnya yang telah dibina dengan pelaburan yang sehingga kini mencecah RM300,000 itu diarah untuk dirobohkan kemarin.
Restoran Nurul Tom Yam yang terletak di Jalan Kerjaya, Batu Tiga Lama di sini, diarah untuk dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Petaling atas alasan dibina tanpa izin di atas tanah lesen pendudukan sementara (TOL).
Mohd. Rosseli mendakwa, sebelum ini operasi restoran tersebut berjalan lancar dan dia mendapat kebenaran memperbaharui TOL daripada PTD Petaling serta memperoleh lesen perniagaan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap tahun dan lesen terakhir diperbaharui pada 2007 dan tamat pada 2010.
Bagaimanapun dakwanya, pada 2011, secara tiba-tiba permohonan beliau untuk memperbaharui TOL tidak dibenarkan walaupun selepas rayuan dibuat beberapa kali dan ini menyebabkan MBSA tidak dapat mengeluarkan lesen perniagaan.
Kata beliau lagi, ekoran kegagalan memperbaharui TOL dan lesen menyebabkan perniagaannya terpaksa dijalankan secara tidak sah dan beliau telah menerima dua notis untuk menutup perniagaan pada Mac dan Mei lalu serta meroboh restorannya pada Selasa lalu dengan pelbagai alasan.
Rosseli Samsudin menunjukkan bekas tapak meter elektrik yang telah ditanggalkan oleh MBSA kelmarin.
"Saya mengaku telah menerima tiga notis termasuk notis untuk meroboh pada Selasa lalu. Tetapi tidakkah pihak yang berkenaan terutama kerajaan negeri tiada budi bicara dengan mengambil kira prestasi perniagaan saya sebelum ini.
"Di manakah keadilan kerajaan negeri yang selama ini memperjuangkan hak rakyat sedangkan selama ini saya juga banyak menyumbang untuk masyarakat setempat yang dalam kesusahan termasuk semasa banjir besar melanda Shah Alam sebelum ini," ujarnya kepada pemberita di sini petang ini.
Sehubungan itu, Mohd. Rosseli meminta kerajaan negeri agar tidak menganaktirikan dirinya hanya kerana perbezaan politik sedangkan banyak lagi perniagaan yang didirikan secara tidak sah, tetapi kerana mereka daripada parti yang sama, perniagaan tidak terjejas.
5 comments:
orang melayu tak perlu lesen untuk berniaga sesuka hati bina kedai dimana-mana sahaja? tepi jalan & longkang
itu la...salah kita juga. kita yang ngundi diaorang.... skang ambil pengajaran ini. akan datang kena pikir masak-masak sebelum turun tanda 'X' tu.
Tu yang dia tak nak bubarkan dewan negeri tu masih banyak lagi hak kepunyaan orang melayu islam yang harus dilenyapkan di Negeri Selangor Khalid Gagap dan kuncu kuncu dapignya nak jadikan Selangor macam Pulau Pinang. Kalau itu kita tak faham lagi tak tau lah.. Salam Maal Hijriah..
teringat kisah kampung berembang. siap kata pengkhianat la, pembunuh la, sedang kan tanah dibina di penempatan haram.
masuk je PKR dan PAS, lagi TERUK.
ini ke kebajikan?
ink ke islam?
semoga roh mu dibakar di neraka wil, nik aziz dan anuwar.
setan bertopeng kan islam.
berniagalah di tempat kepunyaan sendiri.kalau tiada tempat sendiri, carilah tempat sewah.Jadi, kesalahan siapa di sini? Pengusaha restoran ini baik hatikah tak baik hatikah, itu bukan soalan.Salah tetap salah di sisi undang2.boleh dikatakan penceroboh juga...!!!!
Post a Comment