Selamatkan Kelantan!!!
SIRI 1 dan 2 Laporan Khas Utusan Malaysia semalam dan kelmarin berkaitan kualiti air di Kelantan mendedahkan mengenai pencemaran bekalan air di negeri tersebut dengan logam-logam berat berbahaya.
Kandungan logam-logam seperti arsenik, besi dan mangan serta bakteria E.coli ditemui menerusi ujian makmal Kementerian Kesihatan dari tahun 2008 hingga 2010 dan juga uji kaji yang dijalankan sendiri pihak Utusan Malaysia di makmal bertauliah swasta baru-baru ini.
Hari ini, sambungan laporan khas memfokus kepada isu Kelantan negeri tercorot berbanding negeri lain dari segi bekalan air terawat, iaitu hanya 57 peratus daripada 1.54 juta penduduk menerima bekalan air dirawat atau dibekalkan melalui loji rawatan.
Wartawan MOHD. ASRON MUSTAPHA dan TERMIZI CHE ANUAR serta jurugambar MOHD. NAIM AZIZ kali ini tampil dengan interviu-interviu dengan para penduduk Kelantan yang memberi pelbagai reaksi, luahan dan keluhan berkaitan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih dan terawat di negeri tersebut.
Kegagalan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) menyediakan liputan air terawat secara menyeluruh serta bekalan air yang sering terputus menyebabkan sebahagian besar penduduk negeri ‘Cik Siti Wan Kembang’ terpaksa menggunakan sumber air mentah.
Hasil siasatan selama dua bulan di Kelantan, Utusan Malaysia mendapati terdapat penduduk yang mengalami masalah itu, sanggup mengeluarkan wang poket sendiri semata-mata untuk membeli air bersih di kedai-kedai runcit bagi kegunaan harian.
Ketika berada di di Pusat Perniagaan Bebas Cukai Rantau Panjang, mereka menyaksikan sendiri bagaimana ada peniaga gerai makanan yang menggunakan air ‘boring’ (telaga tiub) yang warnanya kemerah-merahan untuk membasuh pinggan mangkuk.
PAS is DEAD!
OMG! Warna kemerah-merahan itu adalah najis!!! Najis Nik Ajis!! Mampoh! Selama ni minum air najis rupanya!
1 comment:
Sudah lebih 22 tahun memerintah isu air pun masih belum diselesaikan oleh kerajaan Kelantan.Adakah kerajaan Kelantan akan terus membiarkan perkara ini terjadi dan mengambil sikap tidak kisah dengan tiada sebarang agenda pembangunan hanya retorik politik "agama" sahaja yang dimainkan??
Post a Comment