Friday, November 11, 2011
Rumah Kos Rendah: Rakyat Selangor Kecewa Di Tipu Oleh Exco Kerajaan Negeri!
Seramai 686 Pembeli di Selangor hari ini mendesak pihak bertanggungjawab menunaikan janji memberi Pangsapuri Kos Rendah yang telah dibeli masing-masing setelah sekian lama ianya tertangguh tanpa sebarang maklum balas.
Wakil Penduduk, Ahmad Duranni Izam mendakwa, kesemua pembeli telahpun membayar 5% peratus daripada jumlah harga sebenar iaitu RM 42000 bagi sebagai syarat bagi memiliki rumah yang dijanjikan.
“Kami menunggu permohonan rumah dari bulan Mei sampai sekarang, tiada sebarang maklum balas. Malah rumah yang dijanjikan telahpun dipamerkan. Sampai hari ini urusan cabut undi bagi memilih lot kediaman masih tidak dilaksanakan,” ujar Duranni.
Beliau beliau mendakwa, pihak yang bertanggungjawab menjadi orang tengah menguruskan soal pembelian pangsapuri tersebut tidak muncul sehingga hari ini.
Individu tersebut mendakwa dirinya merupakan orang yang dipertanggungjawabkan oleh salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi menguruskan perihal jual beli kediaman terbabit.
Tertera pada surat tawaran pembelian pangsapuri kos rendah melibatkan projek rumah kos rendah di Selayang Mulia Selayang, Taman Botanic Klang, Taman Harmoni Balakong dan Taman Cheras Intan Cheras, kesemuanya telah sah diperuntukkan kepada mereka.
“Kami amat kecewa kerana nasib kami golongan berpendapatan rendah, OKU dan Ibu Tunggal untuk memiliki rumah kos rendah telah dipermainkan oleh mereka yang bertugas dengan Pejabat Menteri Besar. Kami mendesak kerajaan negeri agar lebih peka kepada permasalahan rumah yang dihadapi oleh golongan-golongan berpendapatan rendah, OKU dan Ibu Tunggal.
Kami mendesak agar penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai Khas Menteri Besar Selangor ini dibawa ke jawatankuasa pendegaran SELCAT Dewan Undangan Negeri Selangor,” tambahnya.
Kumpulan ini turut mendesak agar kesemua 686 pembeli rumah ini ditunaikan hak kami untuk membeli rumah murah yang telah ditawarkan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor mengikut skim yang dijanjikan kepada kami.
Sebagai pilihan terakhir jikalau LPHS gagal untuk menunaikan rumah yang ditawarkan, kerajaan negeri wajib bertanggiungjawab dengan memulangkan wang deposit yang telah mereka bayar kepada pihak-pihak tersebut.
Turut hadir Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan beberapa wakil NGO terbabit.
Menurut sumber beberapa penduduk yang turut serta dalam Sidang Akhbar ini, individu yang menjadi orang tengah bagi melaksanakan urusan jual beli kediaman bernama Haji Mohd. Yatim .
Individu ini telah memberi resit bukti pembayaran dan surat-menyurat menggunakan kepala surat Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).-MediaUmno
Labels:
Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sewajarnya perkara ini disiasat dan sekiranya benar berlaku penipuan.Hak rakyat hendaklah dikembalikan.
kalau betul saman je lah..gunakan saluran undang2 untuk dapatkan keadilan.. tak payahlah nak demo gimik politik, buang masa..buat laporan polis atau sprm..kemukakan bukti dan saksi..biar polis tangkap mamat yg mengaku jadi wakil exco tu..soal siasat..betul ker di wakil dilantik oleh kerajaan negeri selangor atau.... sebenarnya dia tu adalah.......lu pikirlah sendiri!!
Post a Comment