Friday, December 30, 2011
901 Anwar Mungkin Cabut Lari...
Ibarat Sivaji The Bos...dari 3 hingga 8 Januari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buka gelanggang 'mahkamah rakyat' pusing keliling ke 18 bandar di semenanjung untuk bikin heboh menjelang keputusan kes liwatnya 9 Januari ini.
Apapun para penjenayah tegar - tak kira pembunuh, perompak, penyangak, perogol, peliwat atau perasuah - sila ambil ingatan jangan teragak-agak tiru macam Anwar buat roadshow untuk kasi ge mpak dan pertikaikan mahkamah ikut suka hati,jika ditakdirkan pakatan pembangkang tawan Putrajaya nanti.
Alasan mudah, main tuduh saja perbicaraan tidak adil,ada konspirasi dan macam-macam lain.Ini salah satu transformasi sistem perundangan negara yang mereka terlupa nak gariskan dalam Buku Jingga.
Al kisahnya Anwar akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.
Roadshow itu akan diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.
Di celah-celah kekalutan Anwar dan gengnya itu mengelupur nak hadapi penentuan 9 Januari, di kalangan bekas panglima perang Anwar semasa reformasi kes liwat pertama tahun 1998 dulu tertawa melihat gelagat ini kerana sudah dapat baca gerak langkah mereka.
Antaranya Zahid Mat Arip, bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan. Beliau menduga Anwar akan ‘all out’ untuk meracuni fikiran rakyat bagi bersimpati terhadap beliau dalam menjelang keputusan kes liwat ini.
Beliau tidak hairan jika roadshow itu disertai oleh isteri dan anak-anaknya yang menampilkan wajah sedih di seluruh negara bagi meracuni fikiran rakyat.
Katanya nanti ramailah khususnya 'pendatang baru' dalam PKR yang hendak menonjol diri jadi tukang memekak dengan nawaitu untuk jual nama nak jadi calon PKR dalam pilihanraya.
"Saya tahu kebanyakan yang buat kerja ni nanti budak-budak baru.Ini semua kerja bodoh kami sudah buat masa kes liwat pertama dulu jadi macai Anwar.
"Budak-budak baru ni semua tahu apa cerita pasal Anwar kecuali jadi kuda dia untuk selamatkan diri. Nak buat macam mana ramai yang suka diperbodohkan,"katanya.
Zahid sendiri tidak fikir kerajaan dan kehakiman gentar dengan perang saraf mereka nak mengugut cara begini.
"Negara kita ada undang-undang.Kalau setakat nak tuduh konspirasi siapa pun boleh tuduh.Pokok pangkalnya kamu liwat atau tidak Saiful. Keputusan itu ditentukan oleh mahkamah berasaskan hujah kes dan bukti yang ada," ujarnya.
"Apa mereka fikir mereka boleh huru harakan negara kalau Anwar didapati bersalah...kita sama-sama tengoklah nanti," tambahnya.
Zahid tersenyum bila berkata modus operandi Anwar dan gengnya sama saja sejak dulu.
Beliau tertawa dengan gelagat Anwar dan pasukan peguamnya lambat siang nak tuduh orang hina mahkamah kalau cakap tentang kes liwatnya."Ini nak buat roadshow..nak jelajah bukan cakap pasal kesnnya...bukan hina mahkamah ke...inilah bapak hipokrit besa,"tegasnya.
Zahid juga menduga nanti akan ada 'lakonan-lakonan' semasa roadshow atau demonstrasi." Apabila polis bertindak lebih sikit mulanya bising sedangkan mereka sendiri yang langgar undang-undang dan engkar arahan polis supaya bersurai.
"You berani buat salah berhimpun secara haram segala macam ...you tanggunglah sendiri.Ini nak merengek dan nak mengadu pada NGO antarabangsa bila kena gas pemedih mata...ini lawak macam pondan,"katanya.
Sementara itu, bekas ketua PKR Pematang Pauh, Anuar Shaari pula berkongsi cerita menarik mengenai Anwar.
Katanya yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit Anwar di Kementerian Kewangan sebelum dipecat pada tahun 1998 itu, bekas bosnya itu bukan tabah sangat ketika dipenjara kali pertama pada tahun 1999 sehingga 2004.
“Pada satu peringkat, beliau merayu-rayu kepada ramai sahabatnya di luar untuk berusaha bebaskan dia dari penjara. Anwar kata dia dah tidak tahan duduk dalam penjara,”cerita beliau.
Menurut Anuar, antara yang ‘dirayu’ sampai hampir-hampir menangis adalah Ezam Mohd Nor yang ketika itu Ketua Pemuda Keadilan dan baru bebas dari Penjara Kajang.
“Ezam pernah cerita pada saya, Anwar terdesak untuk keluar penjara dan mahukan dia lakukan apa sahaja untuk tujuan tersebut,”kata beliau.
Kerana itu menurut Anuar, penasihat PKR pasti tidak akan sanggup dipenjara lagi kali ini.
“Dia akan cuba sedaya upaya untuk bangkitkan rakyat, guna mahasiswa, guna pekerja, road show seluruh negara, tetapi pada akhirnya, jika semua itu tidak sampai objektif yang dikehendaki, Anwar mungkin akan lari,” ramal beliau.
“Perkara ini akan semakin jelas seminggu sebelum 9 Januari, kita bakal saksikan bagaimana Anwar akan sehabis tenaga untuk memastikan jalan raya dipenuhi penyokongnya ketika keputusan dibacakan.
“Tapi jika tak jadi macam dia rancang, dia mungkin lari dan untuk mengelakkan diri digelar penakut, dia akan beritahu penyokongnya, melarikan diri itu sebahagian dari strategi jangka masa panjang… itu telahan saya berdasarkan pengalaman bersama Anwar,” katanya.
Oleh: Helme Hanafi / Agendadaily
Labels:
Anwar Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Peringatan:
KDN hendaklah memberi taklimat khusus kepada semua pegawai imigresen yang bertugas secara bergilir di kesemua pintu masuk untuk bertindak secara berhemah supaya Anuar tidak akan keluar negara mulai hari ini sehingga tarikh hukuman oleh mahkamah
Aku tak taulah DSAI ni, Kalau semasa zaman Tun Mahathir, dia kata ada konspirasi menjatuhkan beliau, dtg pula zaman Dato' Najib pun dia kata benda yg sama. Katakan kalau aku jadi PM pun, dia akan kata benda yg sama. Pening sungguh aku tengok telatah dia. Dahlah tak berani menghadapi sendiri, dia ajak org lain pula ikut sama ! Khir Toyo kena hukum, dia tak ajak pun pun org lain terlibat sama ! Itu menunjukkan kematangan politik.
DSAI ini patut gentlement sikit semcmanan dia gentle dgn chinadoll. Yang menghairankan puak puak tegar yg sanggup bermatian dgn DSAI ini apa yang mereka dapat akibat dari kesalahan moral yang dilakukan oleh pemimpin terAgung Anugerah tuhan ini? Kalau kita cakap bangsa dan agama lain bukan islam saya percaya ini perkara "biasa" buat mereka tetapi Anuwar seorg Islam dan Imam Mahdi seperti "diwar-warkan" buat perkara ini dan juga ada dikalangan pemimpin mereka tahu itu adalah Anuwar tetapi dek kerana nak berjawatan dan nama mereka lupa seketika itu adalah anuwar sanggup berbuat apa saja tetapi andaikata mereka ini diNyahkan dari sesuatu jawatan dlm Parti mereka inilah akan berkokok siang malam mengadu hal yang Anuwar itu Anuwar ini, menyesal tak sudah meraih minta simpati, tak mahu sekongkol lagi.
Pelik tapi benar, itu realiti, dalam sanubari hati kita ini bila kita tengak saja video lucah Anuwar dgn chinadoll 50% kita yakin itu Anuwar dan 50% lagi kita berperang menafikannya. Anuwar bukan anak teruna lagi beliau adalah warga emas (dlm kategori layak menerima BR1M :-) )kita tidak tahu bila ALLAH SWT akan ambil nyawa mungkinkah esok atau lusa itu semua kerja yang Maha Esa, dalam peninggalan beliau sudah pasti wang ringgit harta kekayaan kekal milik keluarga Anuwar, yang jadi penyokong bagaimana setelah hilang segala-galanya apabila tuan baru naiki tahta?
Mahkamah telah beri segala peluang dan menangguh terlalu byk sangat demi Anuwar dgn pelbagai alasan. Itu tidak adil lagikah? Memandangkan Anuwar dikategorikan oleh Karpal (yg tahu byk rahsia Anuwar) berkata secara tidak langsung Anuwar peliwat dan perbuatannya dgn Saiful adalah suka sama suka, kemungkinan Anuwar dijatuhkan penjara untuk jangka waktu yg pendek dan tiada rotan bakal melekat dipunggung beliau. Mungkin anuwar tak mahu punggung beliau ada bekas peta jalur libasan rotan agaknya, atau apa kata kedua-dua bersalah?
Anuwar ini banyak muslihat dan selalunya berhabis-habisan turun padang serta keluar wang ringgit demi diri sendiri, tetapi pada masa yang sama tidak ambil peduli isu dalaman PAKATAN sendiri yang bercakaran dan bermasalah, beliau tidak sedaya upaya sebagai PENASIHAT PAKATAN menyelesaikan kemelut PAKATAN, atau PENASIHAT K'jaan S'gor membantu rakyat S'gor, mungkin beliau fikir RM1 cukuplah berdiam diri buat buat tak tahu bukan permasalahan beliau.
Kalau Rakyat Msia ini bijak dan panjang akal fikiran biarlah dia dgn hal peribadi dia kerna orang yang bijak bercakap dia tentunya bijak menyelesaikan masalah diri dia sendiri, apa yang berlaku pada 9hb nanti kita lihat sendiri dari jauh kerana itu lebih baik dari melibatkan diri kita daripada kesusahan yang boleh menyebabkan diri kita sendiri mendapat mala pertaka. Kita sebagai rakyat M'sia mahu kedamaian hati, bebas ke sana ke mari, anak-anak tiada rasa terancam bila keluar beriadah bersama ibubapa, masa depan stabil, ada pekerjaan malah kita wajib belajar dari kaum cina terutamanya dalam soal bekerja keras dalam pelajaran mendapat grade yang tinggi serta punya pekerjaan dan tangga gaji yg tinggi, berdemo bagi mereka kerja orang melayu yang kurang tinggi pemikiran serta mudah dipujuk rayu, kalau pelacur cina sekali bayaran amat tinggi kalau dibandingkan dengan pelacur melayu sbb itu Anuwar pilih Chinadoll, walhal Anuwar pun tahu pelacur melayu mudah bukak mulut bila disogok...
Post a Comment