Tuesday, December 6, 2011

Kes Liwat: Peguam Anwar Minta Tangguh Sampai Lebam !

CCTV merakamkan Anwar masuk kondo di tempat kejadian!

Hujah penggulungan akhir pihak pembela yang sepatutnya dijalankan pada 8 Disember ini, ditangguhkan lagi, apabila pihak peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kebenaran hakim untuk penangguhan hari ini.

Peguam bela Karpal Singh dan Sankara Nair menemui Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpu, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersama Timbalan Pendakwa Raya Wong Chiang Kiat di kamar hakim pada jam 3 petang tadi untuk tujuan penangguhan itu.

“Pihak pembelaan memerlukan lebih banyak masa untuk menyiapkan transkrip nota prosiding, khususnya dari saksi pakar. Kami juga menghadapi masalah berhubung istilah perubatan. Justeru, kami perlukan lebih masa.

“Namun, pihak pendakwa membantah keras permohonan kami dan mendakwa ia bukan alasan yang kukuh. Berikutan itu, Hakim Zabidin membenarkan penangguhan kes sehingga Isnin ini”, kata Karpal seperti dilaporkan Malaysiakini

Menurut peguam Anwar itu, hakim telah bersetuju untuk membenarkan pihak pembela mengemukakan hujah penggulungan pada 12 dan 13 Disember ini.

Ini merupakan percubaan kedua, pihak Anwar memohon penangguhan penggulungan kes, setelah mahkamah menetapkan tarikh tersebut pada 23 dan 24 November lalu.

Permohonan pertama dilakukan oleh Sankara Nair dan Datuk Param Cumaraswamy pada 10 Nov lalu dengan alasan pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan transkrip nota prosiding kes tersebut.

Dengan persetujuan pihak pembela dan pendakwa, hakim menetapkan 8 hingga 9 Disember sebagai tarikh baru penggulungan kes.

Namun, hari ini, sekali lagi penguam Anwar diwakili Sankara dan Karpal Singh memohon penangguhan di atas alasan yang sama dan mahkamah menetapkan 12 hingga 13 Disember sebagai tarikh baru penggulungan kes.

Pihak pembelaan pada 17 Oktober lalu menutup kesnya dengan memanggil tujuh saksi termasuk Anwar yang memberi keterangan dari kandang tertuduh dan tiga saksi dari luar negara, namun sehingga kini pihak pembela masih gagal untuk membuat rumusan hujah penggulungan.

Kes ini telah memakan masa lebih tiga tahun selepas Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008.-AIDC

3 comments:

Anonymous said...

anwar tunggu PRU ke 13... untuk terus berkuasa!

Anonymous said...

tanguh, tangguh, tangguh... balik-balik tangguh, duhai anwar, tahap kepercayaan orang pun surut 1% setiap seminggu, ni dah negatif dah ni! takde baki dah kepercayaan orang ngan enko!

Anonymous said...

Kalau sesuatu perbicaraan banyak kali ditangguhkan itu tandanya Anwar Ibrahim memang didapati bersalah.

Sama macam kes liwat 1 dulu yang kerap bertangguh-tangguh.

Bertangguh-tangguh itu tandanya tak bersungguh-sungguh untuk membuktikan diri tak bersalah.