Tuesday, December 6, 2011
Komunis Mat Sabu Buktikan Dia Bersalah! #Marxsabu
Tahniah... Hari ini dalam sejarah... Timbalan Presiden Ahlul PAS buktikan dirinya seorang yang tak betul! Tak pernah dibuat dek orang brozz...!
Utusan tunggu apa lagi? Saman balas balik si ahlul Mat Sabu ni... Sila saman berjuta-juta! biar dia muflis, hilang terus kelayakan untuk bertanding!! Pengkhianat negara ni mesti diajar sikit!!
---
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak saman yang dibawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terhadap Utusan Melayu (Malaysia)Berhad berhubung penerbitan satu artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.
Hakim Datuk John Louis O'Hara memutuskan saman yang difailkan plaintif (Mohamad) merupakan kes biasa dan jelas untuk ditolak, tanpa adanya kenyataan sokongan yang mencukupi mengenai butiran penerbitan dalam saman itu.
Oleh itu, katanya, saman itu menyakitkan hati, tidak serius, melampau dan menyalahguna proses mahkamah.
Katanya, plaintif (Mohamad) perlu mengesahkannya dengan butiran penerbitan yang mencukupi dalam samannya, yang diperlukan di bawah undang-undang.
Hakim O'Hara menolak saman itu dengan kos RM5,000.
Beliau membuat keputusan mengenai permohonan untuk menolak saman itu yang difailkan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu. Pada 14 September lepas, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, 57, memfailkan saman itu dan mendakwa bahawa kedua-dua defendan dengan berniat jahat menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos dan dua lagi artikel hari berikutnya, yang dikatakannya mengandungi elemen fitnah.
Beliau mendakwa ketiga-tiga artikel itu berkaitan dengan isu serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Johor.
Mohamad mendakwa penerbitan artikel-artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia merupakan penyokong komunis, telah menyimpang daripada ajaran Islam dan hilang keyakinan dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai seorang pengganas komunis.
Berikutan penerbitan artikel-artikel itu, Mohamad berkata dia berasa malu dan maruah, kredibiliti serta reputasinya juga terjejas.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk dan juga perintah mahkamah kepada defendan supaya memohon maaf dan menarik balik artikel yang didakwa memfitnah. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
satu jer aku nak cakap. mat sabu bangsat!
Mat Sabu bukan tau sejarah, dia belajar pun tak habis. Dulu dunia ada dua blok, satu demokrasi, satu komunis. British blok demokrasi jajah Tanah Melayu, tapi komited untuk memerdekakannya. Parti Komunis Malaya bukan perjuang untuk bebaskan Tanah Melayu, PKM nak jadikan Tanah Melayu Negara Komunis! Itu yang sebenarnya.
Ah well..history is but the written account of men's memory. There are always two side of the coin. Flip it and see. It always depend on where you are looking.
somehow History is not just in written form where we can count on various factors and sources .In thid case, mat sabu is totally red handed to claim Communis is a hero regarding what Communis did to our ancestors.PAS is not relevant so goes PR
yeah, you are right..jihadis are terrorist and Britain is our saviour. When talking about PKM as a whole, they are just as "good" as the brits.
we are the escape goat who after all these years, still shifting the blame around in our own little community.
Dalam PKM ada Melayu. dont you think they join PKM only thinking about freeing this country? its like some malay joins UMNO and some stick to PAS. we all want the best for Malaysia, and we believe we made the right choice. the catch is, the other party dont think so.
Memang betul tu R'ain dalam PKM memang ada melayu. Tapi R'ain pergi berjuang tak sama macam Melayu dalam PKM tu?. Betul ke PKM tu menuntut kemerdekaan?
Baca tak bibliografi Samsiah Fakeh tokoh wanita Melayu dalam PKM. Apakah latar belakang pendidikannya dan sanggup mengangkat senjata menentang Inggeris kerana apa?
Dan yang menjadi persoalan besar mengapakah ramai Melayu yang terlibat dalam PKM sanggup membunuh sesama melayu walhal hanya orang-orang kampung yang biasa-biasa sahaja.
Yang lebih memelikkan mereka ini bukan calang-calang pendidikan agamanya. Sedangkn komunis itu kan ateis tak percayakan tuhan? So agak-agaklah jika nak memberi sokongan dan dukungan.
Post a Comment