Friday, December 9, 2011

Nurul Izzah Merajuk Tak Dapat Menyelam Dengan Scorpene

Malunya... mana nak suruk muka ni PAPA? 

Lim Guan Eng, dan dua orang timbalannya, Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy akan menaiki kapal selam Scorpene hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah mengatur lawatan tersebut untuk pembangkang melihat sendiri bahawa kapal selam KD Tun Razak itu mampu menyelam.

Zahid berkata ia bertujuan untuk membolehkan pihak pembangkang menyaksikan keadaan kapal selam tersebut.


"Kami lakukan ini untuk DAP dan PKR sekarang. Jika PAS mahu melawat, kami akan atur (untuk mereka)"

Selain Guan Eng, pemimpin parti pembangkang lain yang dihantar surat jemputan, seorang sahaja yang jawab iaitu Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai) memaklumkan beliau tidak boleh datang. Yang lain banyak cakap tetapi tidak berani nak menyelam...

Izzah tak nak datang sebab dia sudah termalu....

Itu lah lain kali jangan lah beriya-iya sangat nak tabur fitnah... Nurul Izzah Anwar yang berterusan mahu mempolitikkan isu pembelian kapal selam akhirnya memalukan diri sendiri....

Apa pun tak boleh!

No comments: