Saturday, December 24, 2011

Media Pro-Umno Lebih Telus Daripada Harakah - Hasan Ali


Bekas perusuhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menegaskan tidak wujud sama sekali istilah media Umno atau media musuh sambil menyifatkan akhbar rasmi milik parti Islam itu bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.

Malah Hasan juga berkata media dalam negara tidak memberi liputan negatif kepada parti dan dirinya termasuk ketika menyiarkan laporan berhubung polemik yang berlaku baru-baru ini.

“Bagi saya, tak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk kerajaan. Dan Umno sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media Umno. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.

“Bagi saya, siapa yang dapat menyebar luas dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas, jadi ia pilihan saya. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini,” katanya pada sidang media di sini.

Hasan sebelum ini muncul di Utusan Malaysia dan program yang disiarkan TV3 iaitu Soal Jawab — sesuatu yang dianggap tidak biasa diberikan kepada pemimpin pembangkang di negara ini.

Menurut Hasan beliau menganggap media lain lebih mudah dan memberikan liputan yang lebih baik berbanding organ partinya, Harakah.

Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti lantaran penguasaan yang diberikan terhadap lidah rasmi parti tersebut.

Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.

“Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali?” kata beliau.

Justeru Hasan mencadangkan agar Harakah melakukan transformasi besar-besaran agar ia boleh diterima semua lapisan masyarakat.

“Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama. Sesetengahnya telah memimpin PAS selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan perlu (berubah),” katanya.-FMT

HARAKAH! KAH! KAH!

2 comments:

Pakcu Rantau Panjang said...

Menarik juga kupasan Datuk Hassan Ali mengenai laporan dari media pihak pembangkang yang tak mahu menyiarkan temubual Datuk Harun Din tu...sama sendiri pun ada main sorok-sorok juga ke ???.

Pakcu ni kaki rayau blog. Tak kira yang blog Pro-Umno atau Pro-Pembangkang. Apa yang Pakcu dapati hampir 100% blog Pro-Pembangkang tak tapis komen dari "orang dia" malah bahasa yang digunakan pun lebih dari standard kalau pasal kutuk pemimpin Umno-meleleh tahi telinga dibuatnya.

Pakcu pun ada juga masuk komen kat blog Pro-Pembangkang tu...70% komen Pakcu lulus selebihnya digantung...mungkin bahasa Pakcu kurang "kick kot" sebab Pakcu dok atas pagar.....bukan apa nak tahu blog mana yang lebih telus....

Apa komen anda ????

Anonymous said...

kat sini pun tak tapis jugak pakcu.. rajin-rajin la komen kat sini.. takut tahi telinga pakcu yg meleleh nanti...